Wednesday, December 9, 2009

Dinner Malam tadi


Menu semalam saya masak guna microwave. Mentang mentang la baru beli, semua benda nak masak guna microwave. Semalam makan Roasted Chicken Wings, Coleslaw dan Simple Potato Salad.

Roasted Chicken Wings

Bahan Bahan
4 ketul chicken wings
Bawang putih
Halia
Garam secukup rasa
Kicap pekat
Serbuk Paprika

Cara cara
  • Cuci bersih chicken wing, tos dan ketepikan.
  • Kisar bawang putih dan halia. Gaulkan dengan serbuk paprika dan kicap pekat.
  • Tuangkan ke atas chicken wing, gaul hingga sebati dan perap lebih kurang 1 jam.
  • Susun di atas metal tray, masukkan ke dalam microwave. Tekan pad GRILL dan masukkan masa 30 minit. Tekan butang START. Masak sehingga 20 min kemudian terbalikkan chicken wings, masak hingga selesai.
Simple Potato Salad

3 biji kentang- kupas kulit dan potong kepada saiz yg sesuai
  • Masukkan ke dalam bekas yg Microwave Safe, masukkan air dan sedikit garam.
  • Masukkan ke dalam microwave, tekan pad masa selama lebih kurang 12 minit. (4 minit utk 1 biji).
  • Biarkan ia masak. Keluarkan dan tos. Masukkan ke dalam bekas, masukkan sedikit olive oil dan dry English herbs.
  • Goncang supaya semua bahan sebati.

Coleslaw - Sila rujuk sini.

12 comments:

  1. menarik potato salad tu, senang sangat! :)

    ReplyDelete
  2. Wah....menu omputih lak dia!!! Nak juga potato salad tu....ayam tak payah...!!

    ReplyDelete
  3. ewah2..menu yang nmpak simple tapi mmg sedap..nak ckit :)

    ReplyDelete
  4. Uhhh..my microwave takde grill/roast options! Klu tak, mesti tak sll pakai!

    Karang dia tidur jer..huhu...

    Kak Hazila, kita makan kat umah akak jer la! kekeke ;)

    ReplyDelete
  5. cuba cuba. cuba lagi masak macam-macam guna mcwave. Awak cuba, kita tengok.

    ReplyDelete
  6. Semua masak pakai microwave yer kak... best best :)

    ReplyDelete
  7. lee lin,
    yg ni tak muak sebab tak guna telr dan mayo.

    ReplyDelete
  8. Kak watie,
    Senang kak, tak banyak nak basuh periuk belanga.

    ReplyDelete
  9. suehann,
    akak suka kalau yg simple simple ni. Tapi rindu gak nak masak gulai ata bersambal.

    ReplyDelete
  10. Love,
    Kalau roasted guna dapur arang lagi best tapi duduk rumah taman ni susah sikit la.

    ReplyDelete
  11. Kak Gerau,
    Saya akan cuba, cuba dan cuba lagi. Lepas tu tayang kat kak gerau ye...

    ReplyDelete