Sunday, December 20, 2009
Terung Goreng Sambal Bilis
Dah lama saya tak masak sayur terung bersambal cam ni. Selalu beli terung kalau nak masak gulai ikan je. Hari Jumaat lepas saya merayap ke AEON Bukit Tinggi, ternampak terung bulat lonjong yg digelar AUBERGINE.
Kalau takde lauk lain pun ok kalau ada sambal terung dengan ikan bilis ni. Makan pulak dengan nasi putih panas panas, fuhhh tak nampak dah kalau org lalu kat belakang.
Bahan bahan
1 biji terung "AUBERGINE"
Segenggan ikan bilis
2 sudu makan cili kering kisar
1 1 labu bawang besar dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 keping asam keping
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Sedikit belacan
1 sudu makan pati santan
Cara cara
1. Hiris terung secara bulat, gorengkan sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak.
3. Masukkan sedikit air,belacan dan air asam jawa, gaul rata dan masukkan ikan bilis. Biarkan ia mereneh seketika.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan pati santan dan gaul sekata.
5. Setelah sambal masak, masukkan terung yg telah digoreng tadi. Kaup balik dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti terung akan hancur dan lembik.
Ikan bilis tu tak perlu digoreng dulu e? tq 4 dis recipe..
ReplyDeletesy sgt suka mkn terung.. :)
Rhea,
ReplyDeleteKalau suka ikan bilis yg agak garing dan sedikit ranggup boleh digoreng sebentar. Dulu saya pernah buat, tapi kali ni saya tak goreng.
i love this..ni masakan yang mak saya suka masak.. sedap giler
ReplyDeletetime pregnant first dulu saya tak lalu nak makan nasi
hanya lalu mkn nasi dgn lauk ni je tau
Permata Hati,
ReplyDeleteSedapkan, satu dish dah ada sayr dengan lauk.
Whoa...KakHazila! Merayap ke AEON BBT ker? That's so close to my house! uwaaaa! ;)
ReplyDelete