Friday, January 22, 2010

Apalah nak jadi!!!!!



Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang......

Seminggu dua ni kerap pulak keluar berita tentang "SiTanggang Moden". Tak taulah apa nak jadi, anak cerita cam ni, ibu/bapa cerita cam tu. Yelah kita orang luar tak tau apa cerita sebenar antara mereka. Hanya mereka mereka dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.

Tapi pada pendapat saya yang tak berharga ni, seburuk buruk atau sejahat jahat ibu/bapa kita, mereka tetap ibu bapa yg melahirkan kita. Selagi mereka bernafas, cubalah bertolak ansur dan menggembirakan mereka. Walau kadang kala kita tak bersetuju dengan mereka. Org tua tua kata, kalau kita buat perkara buruk pada ibu bapa, esok anak anak pula buat perkara yang sama pada kita. Jadi..... Lu Fikirlah Sendiri.

Dulu, org selalu cakap pada saya, " Ha , engkau takde anak. Esok esok bila dah tua siapa nak bela." Tapi sekarang, walau ada anak berderet deret pun belum tentu boleh bela ibu/bapa.

5 comments:

  1. salam zila..
    mmg sedih baca kisah ibu tu kan..Terimalah balasan dr Allah nnti, biasanya kat duniapun Allah akn tnjukkan..
    Beberapa hri lepas baca kisah ibu tampar guru anak..hmmm..terpikir jgk kdg2 bnda2 mcmni ada kaitan jugak kut..

    ReplyDelete
  2. Zaiy,
    Betul juga tu, sekarang ni parents terlalu bagi muka/,majakan anak sampai keterlaluan. So those kids akan jadi 'mua'. Apa nak takut, kalau cikgu tegur, mak bapak ambik lawyer. So, bila anak dah besar mulalah sepak terajang mak bapak.

    ReplyDelete
  3. manalah letaknya perasaan diorg tu kan... sampai sanggup bt cmtu pdhal ibubapa sendiri... hopefully anak2 kita xbuat begitu pada kita... amin

    ReplyDelete
  4. salam zila.....saya pun cenggitu gak....pikiaq anak ramai tapi belum tentu leh jaga kita tua nanti kan...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, ada jugak anak yang sanggup buat mak nya macam tue. Tak ingat ke susah payah mak ayah besarkan dia. Langsung tak mengenang budi. Semoga Allah melindungi ibu itu & memberi pengajaran yg sewajarnya kat anak yg derhaka tu.

    ReplyDelete