Hari ni cuti kan, jadi tanya my husband ada rancangan apa apa ke? Katanya, tengok lah keadaan nanti sebab hari ni Jumaat. Lepas solat Jumaat tadi, my husband ajak jalan jalan cuci mata kat Nilai 3. Malas sebenarnya nak pergi sebab panas. Tapi kalau tak pergi, kecik hati pulak. Bila dah tua tua ni, over sensitif la pulak. So ikut je lah....
Memang jalan jalan cuci mata pun sebab tak beli barang pun. Belek sana belek sini tapi takde yang berkenan di hati. Harga pun lebih kurang sama je. Last, balik cam tu je, lepas tu dia ajak makan satay kajang pulak. Since malas nak masuk bandar Kajang, kami makan di R&R Awan Besar.
Selalunya kami order 10 cucuk satay, tapi hari ni nak cuba satay rusa. So order 15 cucuk termasuk 5 cucuk satay rusa. Punyalah eager nak makan satay rusa, tapi masyallah, punyalah liat. Rasa seperti mengunyah getah beku la pulak. (eh eh...pernah ke kunyah getah beku saya ni....)
Tapi memang liat sangat, sampai tak boleh kunyah. Akhirnya, tinggal cam tu je. Nasib baik order 5 cucuk je dan harganya pun mahal. 1 cucuk satay rusa harganya RM1.80, saya terfikirkan org depan saya yang order 15 cucuk...macam manalah dia nak habiskan.
On the way nak balik rumah, tiba tiba my husband cakap dia baru perasan yang Carrefour baru buka kat Bukit Rimau. So kami terus ke sana pulak. Kat sini sempatlah juga rembat toy baru. Nantilah saya update untuk next entry. My husband dah bising saya asyik mengadap laptop ni. Tak nak layan dan temankan dia tengok TV. Bila dah masuk 40 ni, cam budak budak pulak....
salam zila
ReplyDeletechili tu untuk apa ekk?? tak kan for sate rusa kot? i pon tak perna try daging rusa...kijang tu adalah..tapi tak minat
as for 40 tu...kan life begins @ 40 he he...
Yat