Tuesday, February 2, 2010

Sup Cendawan


Meh kita pakat pakat hirup sup panas....


Bahan bahan
1 paket cendawan tiram
4 biji cili padi - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang merah - dihiris
1 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
2 gelas stock ayam
2 sudu makan minyak
Daun sup dan cili merah untuk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis cili padi, bawang putih, bawang besar dan daun limau purut.
2. Kemudian masukkan stock ayam dan sos tiram.
3. Biarkan hingga hingga mendidih, kemudian masukkan cendawan dan perasakan dengan garam.
4. Taburkan dengan daun sup dan cili merah sebagai hiasan.

1 comment: