Sunday, April 25, 2010
Aktiviti pagi ni......
Pagi ni kena turun ke Driving Range sebab temankan my husband pukul bola. Petang semalam saya ikut juga, lepas tu dah sampai sana duduk lepak dulu sebab kebetulan ramai pulak org. Sambil sambil tunggu my husband pukul bola, ada sorang auntie ni yang datang pukul bola juga. Bila dia tengok saya kat bangku tu, dia datang menyapa dan lama lama leka berborak sampai akhirnya saya tak pukul upn bola walau sebijik.
Tapi ok juga berborak dengan dia, banyak juga cerita menarik yg dikongsi dengan saya. My husband cakap dia selalu kat Driving Range tu, selalunya weekdays. Oh berbalik pada hari ni, kami ke sana lebih kurang pukul 9 pagi, lepas pukul 50 biji bola saya dah stop sebab matahari dah silau mata. My husband masih kat sana dengan kawannya dan saya balik dulu. Sampai rumah, siapkan air kelapa, bawa paper dan lepak kat pondok dul sementara nak fikir fikirkan apa nak masak untuk lunch nanti.
No comments:
Post a Comment