Thursday, April 29, 2010
Manggo & Kiwi Shrikhand
Seperti biasalah kan, saya ni peminat dessert so kali ni pun saya letak entry dessert juga. Sebelum balik kerja tadi singgah beli barang dapur sikit, sempat capai buah mangga dan kiwi. Selalunya kiwi masam tapi kali ni kena yg agak manis juga. Sedap buah kiwi ni.
Saya pernah nampak resepi ni kat internet, dulu saya cuma letakkan yogurt, madu dan buah yang telah dipotong ke dalam bekas. Tapi kali ni ada penambahan bahan sikit.
Bahan bahan
1 cawan plain yougurt
2 sudu makan madu
1 sudu makan susu segar
1 cubit saffron
1 biji buah pelaga yg di tumbuh hancur.
Buah mangga dan kiwi yang di potong kiub
Cara cara
1. Campurkan saffron dan susu segar, panaskan di dalam microwave seketika.
2. Campurkan semua bahan kecuali buah buahan. Gaul sekata. Tuang ke dalam bekas yg sesuai.
3. Letakkan buah buahan yg telah dipotong kiub di atasnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Alangkah sronoknya klu akak jd neighbour E-na...boleh merasa barang semulut! he he
ReplyDeleteya .... alangkah bahagianya kan E-na
ReplyDelete