Wednesday, May 26, 2010

Es Teler

Hari ini mari kita cuba satu minuman yang terkenal di negara seberang, Es Teler. Tapi hari ni saya buat Es Teler versi saya sebab mengikut resepi asal menggunakan buah nangka. Tadi sebelum balik, cari buah nangka tapi sudah kehabisan pulak. Jadi saya masukkan buah buah yang ada.

Bahan bahan ( 4 persons )

1 biji buah kelapa - asingkan air dan ambil isinya
1 biji buah avocado - ambil isinya
2 biji buah nangka - hiris isinya ( saya tak letak sebab tak ada stock)
1 biji buah kiwi - saya letak sendiri
2 biji buah strawberry - saya letak sendiri
400 ml air kelapa muda
3 sudu makan susu pekat - bergantung pada kemanisan yang dikehendaki
Ais sagat - secukupnya
Cara cara
1. Masukkan semua buah buahan ke dalam bekas yang sesuai. Bancuh air kelapa muda dengan susu pekat.
2. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi buah buahan tadi.
3. Masukkan ais sagat secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

7 comments:

  1. pasti cuba untuk buka puasa besok ni..nampak sangat mengancam ..good nite & sweet dreams:)

    ReplyDelete
  2. Baru lepas buat malam tadi..lepas makan mee rebus.. es teller ni memang kegemaran kami sekeluarga...

    Avacado tu yang mahal kat sini...

    ReplyDelete
  3. hebatlah awak..sgt kreatif..!!

    ReplyDelete
  4. salam zila...es teler 1 pls,slurrrpp..burrrp!!!:D

    ReplyDelete
  5. Oh...mak aiiii...kenapa kena letak nangka..?? Nasib baik tak ada ye...hehehe...kalau tak Akak dah cabut dah....

    Dik Zila TQ for the doa dan ucapan tu ya....Amin...~!Moga doa Zila diberkatinya!

    ReplyDelete