Saya balik kampung lepas solat Jumaat, sampai rumah my parents lebih kurang pukul 4 ptg. Sampai je terus beli laksa utara bawa balik makan kat rumah. Ada kakak ni jual laksa utara sebungkus RM1.50 sebungkus, sedap pulak tu. Sambil makan, sembang sembang then terbit idea nak lepak kat Cherating. Tapi sebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, kena postponed cuti cuti cerating di lain masa. ( Akak tension tau, tak dapat pergi Cherating). Tapi pergi ke Kuantan sekadar balik hari. Ada la 2 jam je kot duduk kat Kuantan.
Saya pernah terbaca mengenai seorang lelaki yang boleh berdiam diri tanpa bergerak selama berjam jam dalam Harian Metro tak berapa lama dulu. Tapi saya tak pasti kat mana lelaki ni berada. Sebabkan masih awal, kami terus ke Pantai Telok Chempedak. Masa sampai di Pantai ni, ternampak seorang lelaki duduk di sebelah "Patung". Memang cam patung sebab dia tak bergerak. Then tiba tiba teringat seperti pernah nampak "Patung" ni. Puas fikir, baru teringat dalam Harian Metro kalau tak silap.
Memang dia berbungkus cam tu, tak nampak pun kulit atau wajah sebenarnya. Lelaki di sebelahnya akan ikut bila "patung" ni bergerak.
Salam, minggu depan kami sekeluarga nak ke Cherating, Teluk Cempedak dan Tanjung Lumpur boleh rekomen tempat makan yang menarik? terima kasih
ReplyDeleteAzura,
ReplyDeleteWS, Maaf banyak banyak. Saya sendiri dah beberapa tahun tak ke Kuantan so tak banyak yg boleh saya tolong. Mungkin boleh tanya blogger yg duduk di kuantan seperti Kak Ummi Kuantan.