Semalam, saya dan suami tak kemana mana. Mulanya plan nak berjalan jalan cuci mata di Alamanda Putrajaya, tapi sebabkan ada JOM HEBOH di sana dan kawan suami saya cakap teruk juga traffic, terpaksalah cancel. Suami saya malas nak berasak asak, postponed ke minggu depan. Sebabkan boring duduk kat rumah, nak melayan internet pun tak boleh,
(sesak nafas tau sebab tak boleh nak merayap kat blog kawan kawan) maka saya rajinkan diri buat rendang ayam.
Fuhhhh rasa cam nak samput Hari Raya la pulak. Takpe, ni consider nak sambut Hari Wesak la kan. Ehhh orang sambut Wesak makan rendang ayam ke? Ala yang sambut Wesak tu diorang, yang nak makan rendang ayam tu saya.So ada sesiapa nak join saya?
hehe, kita pun baru lepas raptai raya, buat nasi impit juga :)
ReplyDelete