Menu semalam ialah Ikan bawal Kukus, minggu ni minggu menu ala ala cina gitu. Mula mula nak buat ikan siakap kukus tapi memandangkan ikan siakap takde yg bersaiz kecil, semuanya gedabak besarnya, kena tukar kepada ikan bawal. Resepi saya ambil dari Myresepi, nana_xjb.
Ikan Stim Halia & Bawang Putih
Bahan-bahan
- 1 ekor Ikan Siakap (ikan ikut suka)
- 3 ulas bawang putih - cincang halus
- 1 inci Halia - Hiris Halus
- 3 biji cili padi - hiris (boleh tambah/ kurangkan)
- 8 batang Cendawan
- 1 biji Tomato - belah 6
- 2 batang serai - Ketuk
- 1 helai daun limau purut - hiris halus
- 3 sudu besar Sos Ikan
- 2 sudu besar Worcestershire sauce (kite gune brand lea&perrin/Maggi)
- 3 biji limau kasturi - ambil airnya sahaja
Cara-cara
- Masukkan kesemua bahan kedalam pinggan besar/ bekas tahan panas
- Kukus selama 15minit / sehingga masak
Hari tu masa pergi pasar, saya beli 2 ekor ketam. Sebelum ni dah masak 1 ekor buat rebus serai dan malam tadi habiskan yang tinggal 1 ekor tu. Kali ni masak lemak kuning pulak. Yang ni fav. my husband.
No comments:
Post a Comment