Saturday, August 7, 2010

Menu Dinner Malam tadi....

Semalam tak sibuk sangat jadi bolehlah balik awal dan masak untuk dinner. My husband dah cakap tak larat nak makan pizza je atau makan kat kedai.


Hari tu beli daging, paru dan perut, konon kononnya nak buat sup campur ala thai tapi sebab my husband dah request nak makan ketam masak lemak, jadi kena tukar jadi rebus cicah air asam je.


Saya rasa kena ternak ketam la kat rumah, sebab kalau ke pasar je mesti suruh beli ketam. Kalau saya beli, sure suruh peniaga tu siang dan buang apa yang patut. Tapi kalau pergi dengan my husband, dia tak bagi siang sebab dia nak suruh masak sekali dengan kulit ketam tu. Macam macam la dia ni....

5 comments:

  1. daging rebus n air asam-erm,sedap!...ensem ketam tuh! :D

    ReplyDelete
  2. Kak CM,
    Kesihatan pun mengancam juga kak, high cholesterol.

    ReplyDelete
  3. Deliah,
    Yg tu yg paling sedap tu, simple tapi memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. ermmm kak saya pun suke masak ngn kulit.. lebih manis.. : )


    yg daging rebus tu pun perghhhh sedapnya dgn cecah tu

    ReplyDelete