Wednesday, October 27, 2010

Grilled Chicken......again


Malam ni makan Grilled Chicken lagi. Dah 2,3 hari makan pasta, mee dan bihun. Tapi malam ni makan dengan mashed potato, carrot dan mushroom and chicken gravy.

Blueberry Pancakes

 
Hari ni breakfast buat Blueberry Pancakes dan makan dengan pisang dan madu. Dah beberapa hari tak masak yang berat dinner, jangan nak masak, barang basah pun takde. Sekarang malam je, my husband request nak makan mee, bihun atau yg ringan ringan je....

Tuesday, October 26, 2010

Menu Breakfast hari ni....

 
Hari ni buat simple breakfast, Scrambled Egg, Mixed Vege and Sausage with Hailam Bread. Perut tak berapa sihat sejak 2, 3 hari ni. Agaknya sebab banyak sangat makan buah dukong.

Monday, October 25, 2010

Carot Cake

Semalam gatal tangan nak buat carot cake, maklumlah tak pernah rasa so teringin pulak nak buat sendiri. Tapi tak berapa nak menjadi la pulak. Kek dah lembut dan moist cuma kat bahagian bawah kek cam bantat la pulak. Takpe, gagal sekali tak semestinya akan gagal lagi kan. Nanti kena tengok resepi yang lain pulak.

Friday, October 22, 2010

Tauhu Bakar Pak Anjang

 
Hari ini saya lunch dah agak lewat, hampir pukul 4 ptg. Kiranya lunch sekali dengan dinner. Hari ni teringin nak makan Nasi Bariani, bila dah sampai restoren tu, bukan setakat nasi bariani yang dibeli,sekali dengan tauhu bakar. Nasi makan dulu, tauhu bakar bawa balik makan kat rumah..
Saya suka makan tauhu bakar kat restoren ni, sebab kulitnya rangup dan isi (sayuran) nya banyak. Sosnya pun sedap, ikut tekak saya la kan....tekak org lain mungkin tak sama.

Thursday, October 21, 2010

Puding Kukus Longan


Semalam terasa nak makan dessert, maklumlah sejak dua menjak ni saya cuba mengurangkan makanan yang membuatkan akan bertambah montel.Tapi sesekali terasa juga nak makan, so buat buat lupa la sekejap pasal nak kurangkan apa yang patut.

Bahan Bahan

1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici

Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry
400 ml air

Cara cara
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  • Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.



Saya pernah buat puding ni 2 kali sebelum ni. Dua dua saya gunakan buah laici tapi semalam saya tukar guna buah longan, sebab buah tu je ada kat rumah. Ok juga, takde la beza sangat dengan buah laici.

Mee Goreng Lagi.....


Semalam makan spaghetti, malam tadi makan mee goreng pulak. Side dish saya buat honey grilled chicken wing tapi gambar blurr pulak.

Wednesday, October 20, 2010

Fruit Jelly

 
Hari tu nampak Kak Nor buat, lepas tu nampak kat rumah izah pulak. Rasa cam senang je ikut cara kak nor, apalagi excited nak buat juga.
Saya buat pagi pagi tadi sebelum keluar ke tempat kerja, bila balik dah keras dan senang dipotong. Apalagi .....makanlah.

Tuesday, October 19, 2010

Seafood Spaghetti

Dinner malam ni cuma makan seafood spaghetti. Entahlah, mood tak berapa nak ok. Agaknya sedikit sebanyak cuaca sekarang memberi kesan pada emosi manusia.

Monday, October 18, 2010

Siakap Kukus Limau


Menu malam tadi, saya buat siakap stim. My husband pulak selepas kenduri terus singgah office dulu jadi sebelum balik rumah petang tu dia belikan sup ekor dan somtum. So semalam semua menu rebus je lah.
My husband kata nasi kenduri sedap tapi segan la pulak nak tambah. Ada ke camtu, lepas tu mulalah lapar balik. So semalam makan malam awal la dari biasa.


Siakap ni saya stim ikut style saya je, malas nak cari resepi.

Bahan bahan
1 ekor siakap - dibersihkan
Daun bawang
Cili hijau/merah
Buah tomato
Halia
Bawang putih
Serbuk lada putih
Garam
Lemon
Daun ketumbar
Cendawan shiitake
Wolf berries / kee chi
Sedikit minyak bijan

Cara cara
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan lada sulah. Biarkan seketika, kemudian letakkan di atas pinggan tahan panas.
2. Mayang halia dan bawang putih, taburkan ke atas ikan.
3. Hiris lemon,cendawan, daun bawang, cili jijau/merah dan potong buah tomato kepada saiz yg sesuai dan susun di atas ikan serta disekeliling pinggan.
4. Taburkan wolf berris dan tuangkan sedikit minyak minyak di atas ikan.
5. Kukus ikan di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan masak, bergantung pada saiz ikan.
wolf berries


credit to owner of this pix.

Cucur Udang

 
Petang semalam, sambil tengok tv rasa cam boring pulak. Fikir kalau buat something untuk minum petang pun bagus juga. Hari tu saya beli udang kecil tu satu packet dan sedikit daun kucai. Memang dah plan nak buat cucur udang. Tapi sebabkan banyak sangat agenda lain, asyik tergendala je. Akhirnya menjadi juga cucur udang tu petang semalam.

Sunday, October 17, 2010

Majlis Perkahwinan

 Tengahari tadi saya dan suami mengikut rombongan pengantin lelaki ke majlis kenduri kahwin di Seksyen 6, Shah Alam. Keluarga pengantin lelaki berasal dari Kelantan, kakak pengantin lelaki ialah isteri kepada sepupu my husband. Mereka ni ala ala hindustan belaka.

 Meja saya

 Sempat ambil gambar pengantin di meja makan beradap, tapi dari jauh je...

 Kakak kepada pengantin lelaki

 Siapa ada tarian lagi...


 Makanan kat meja saya, sedap lauk pauknya.


 Ayu, juara One In A million adalah artis jemputan. Bagus juga sebab dia nak senyum dengan tetamu




Makan Makan at Port Klang


Semalam ada perjumpaan dan makan makan di rumah kawan di Putra Heights, sepatutnya ada ramai yg plan nak datang tapi last minute cuma 3 orang je yg turn out. Walaupun 4 org termasuk tuan rumah, tetap havoc bersembang tak henggat dunia. Bila dah jumpa, apa lagi makan makan dan bersembang sambil makan lagi.


Balik dari perjumpaan, my husband ajak pergi makan seafood kat Port Klang pulak, sebab sepupu my husband dari Perlis datang sebab ada majlis kenduri kahwin hari ni. Makan lagi. Hari ni, Ahad, makan kenduri kahwin pulak. Hujung minggu yang penuh dengan activiti..... makan la apalagi.







Thursday, October 14, 2010

Steamed Chicken With Wolfberries

Malam ni saya masak Steam Chicken With Wolf berries. Resepi dari buku masakan tapi saya tambah cendawan sebab masih ada balance lepas buat wonton hari tu. Dah 3 malam tak makan nasi, malam ni ni teringin nak makan nasi tapi buat lauk kukus je.
Ingredients
3 chicken thights
2 tbsps oil
2 pring onions, cut into 4 cm lenght
4 slices ginger, cut into strips
2 red chillies, sliced
2 cloves garlic, sliced
3 stalks shitake mushroom, sliced
1 tbsps wolf berries or kei chee, soaked

SEASONING
4 tbsps light soya sauce
2 teaspoons sugar
1 tbsps sesame oil

Method
1. Cut chicken tights into 4cm pieces. Put chickens thighs in serving plate, add in wolf berries. Steam until chicken cooked or about 20 minutes.
Take out from steamer and set aside.
2. Heat oil in the wok over medium fire, stir fry remaining ingredients, add seasoning and mix well.
3. Pour stir fried ingredients over. Serve immediately.


**** Wolf berries atau Kei Chee boleh didapati di kedai herba cina atau di sesetengah pasaraya di bahagian barangan kering dan dipacket. Di Shah Alam, ada di Pasaraya My Mydin Bukit Jelutong.

Wednesday, October 13, 2010

Pasta & Wonton Soup

 
East Meet West..... pening kepala orang Italy tengok makanan tradisi mereka telah dubahsuai oleh rakyat Malaysia yang kreatif kan. Dah 2 malam tak makan nasi, tengoklah berapa lama boleh tahan. So dinner malam tadi saya buat wonton soup campur dengan Bow Tie Pasta. Sedap you, 2 mangkuk jugalah habis.
 
Tengahari semalam, berkobar kobar tak nak makan makanan yang berat sebab pagi tu saya dah makan soto bihun. Tapi my husband pulak beria ia tanya saya nak makan apa. Saya cakap, malas la nak makan nasi, dia cakap org nak belanja tak nak pulak. Akhirnya terpedaya, saya order pizza. Ambik, tak nak makan nasi tapi melantak pizza.  Alahai camne nak kuruskan badan ni, banyak betul dugaan......

Tuesday, October 12, 2010

Makan Luar

 Wantan Mee

Hari minggu lepas, my husband ajak saya pergi mencuba makanan kat satu restoren Chinese Muslim yang baru dibuka di Seksyen 13.  Since first time cuba makanan kat sini, so saya hanya cuba yang simple dish dulu. Boleh tahan juga sedapnya.

 Len Chee Kang


 Wantan Soup


Wantan Goreng

Monday, October 11, 2010

Grilled Chicken


Malam ni makan ala ala western gitu. Tak makan nasi tapi makan potato salad dan coleslaw tu bukan main lagi.


Coleslaw


Potato salad

Bihun Goreng

 
Malam tadi dinner yang simple je, bihun goreng. Sejak kebelakangan ni my husband request kurangkan makan nasi waktu malam. Bagus juga tu sebab akak ni dah BOLAT sangat. Then kena fikirkan nak pelbagaikan makanan yang tidak berasaskan nasi, pening juga tu tambahan dia banyak benda tak suka. Pun pening juga.....

Sunday, October 10, 2010

Strawberry Yogurt


 Saya suka combination white and red, cantik dan menyerlah sekali. Orang kata sebelum menjamu selera, kena menjamu mata dulu.


Hari ni buat Strawberry Yogurt sebabnya nak habiskan yogurt yang dah mencapai expired date.

Bahan bahan
1 packet strawberry
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh lemon jus
1/4 cawan air
Yogurt

Cara cara
1. Potong bahagian atas buah strawberry, belah 2 dan kisar hingga hancur bersam sama dengan air.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama sama dengan gula pasir dan jus lemon.
3. Masak hingga agak pekat. Sejukkan.
4. Masukkan yogurt ke dalam gelas berselang seli dengan strawberry puree tadi. Sejukkan sebelum dinikmati.

Rojak Tauhu


 Dah beberapa minggu saya asyik terfikir nak makan rojak tauhu ni. Kadang kala dah beli semua bahan tapi sebabkan malas nak buat, simpan je dalam peti ais. Ada kalanya dah bersemangat nak buat, ada program lain pulak. Akhirnya hari ni menjadi juga, kalau tak tak tau la bila pulak nak buat. Minggu ni saya sibuk dengan perjumpaan semula dengan kawan kawan masa kerja dulu dan juga kawan kawan masa high school. 

Bayangkanlah dah hampir 21 tahun tak pernah bertemu, bila bertemu macam macam cerita keluar. Itupun ada yang tak dapat join sebab lambat diberitahu. Lepas ni kena buat gathering lain untuk sambung balik cerita yang tegendala semalam tu...


Pernah buat dulu, rasanya tahun lepas. Tapi kali ni saya tambah bahan lain sikit.

Bahan bahan

2 keping tahu biasa
1/2 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
50 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
2 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
100g kacang tanah*
2 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 sudu kecil jus lemon / cuka
1 sudu kecil prawn paste / otak udang ( ini saya tambah)
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera

Thursday, October 7, 2010

Makan, makan dan makan lagi....

Gambar pinjam dari Google.


Sehari dua ni saya agak sibuk dengan kerja dan juga jemputan rumah terbuka especially kawan kawan lama. Hari Selasa lepas, dapat jemputan dari kawan yang sama sama bekerja dulu. Habis kerja, terus pergi, jumpa ramai kawan kawan yang dah bertahun tahun tak jumpa, rasanya almost 6,7 years tak pernah bertemu walaupun masing masing duduk kat Shah Alam je. Punya syiok berboraka dari pukul 6 sampai pukul 9.30 malam. My husband dua tiga kali hantar sms tanya bila nak balik. Amboi, pantang bagi peluang berpoya poya, isterinya dah lupa diri. hehehehe...sesekali kan.

Hari ni, ada jemputan Open Office cum Opening Ceremony dari jiran sebelah ni. Makan gambing golek, nasi bariani, mee rebus, mee kari, kuih muih, ais kacang, cendol dan entah apa lagi, sebab tak larat nak pergi pusing pusing tengok apa yg ada. Saya sedang tersandar kekenyangan..... dan membolatkan badan yang sedia ada.

Tuesday, October 5, 2010