Monday, November 29, 2010

Apam Pelangi


Semalam masa my mom dok syok tengok Nona, sebelum akhir rancangan ada tunjukkan resepi apam pelangi ni. Apalagi lagi, dia terus teringin nak mencuba. Dia tanya saya, sempat tak salin resepi tadi, saya kata takpe nanti saya ambik dari internet saja. Memandangkan semua bahan dah ada kat dapur, kami terus menggodek untuk buat apam pelangi ni.

Resepi yang senang dan tidak rumit untuk mencubanya. Tapi saya tersilap sikit sebab menggunakan bekas yang sedikit kecil ddan menyebabkan dibahagian bawah apam tu tak boleh mengembang dengan baik. By the way saya gunakan loyang yg 8" kalau tak silap.
Tapi apam ni memang sedap dan wangi je baunya. Terima kasih buat penyumbang resepi dan saya ambil resepi ni dari blog kak ummi.



Bahan bahan

4 biji telur
300 gms tepung gandum
300 gms gula pasir
2 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil baking soda
250 ml santan
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara cara
1. Pukul telur, gula dan ovallet hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Masukkan warna yg disukai.
4. Lapiskan setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
5. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu hingga masak.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

Saturday, November 27, 2010

Baulu Gulung

 
Baulu Gulung ni emak saya bawa dari kampung, mak saya yang buat, kalau harapkan saya belum tentu menjadi. Maklumlah tangan tak berbedung, asyik tak berapa nak menjadi je bila membaking.
 
 
Nanti saya update resepi kemudian.

Asam Pedas Terubuk


Menu malam tadi, Asam Pedas Ikan Terubuk. Selalunya ikan terubuk ni sedap kalau belah belakang, isi dengan kelapa parut dan sedikit rempah ratus dan bakar. Aduhai!!!!! memang sedap tak terkata la kan, walaupun seksa juga nak makan sebab banyak tulang. Tapi sebab sedap, buat buat tak kisah bab tulangnya tu... Semalam cuba asam pedas terubuk resepi penyulawa@myresipi.com.

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • *10 biji cili kering - potong2, cuci dan rendam lembut
  • *3 butir bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 cm halia
  • *1 cm kunyit
  • *10 gm belacan
  • 1 biji terung asam - potong baji ( saya tukar kepada bendi )
  • perahan asam jawa secukupnya
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Bunga Kantan
  • 1 ekor terubuk

Cara-cara

  1. Ikan terubuk dibersihkan dan dipotong 2. 
  2. Kisar halus bahan (*). Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan ikan, air dan perahan asam jawa. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan sayur bendi.
  5. Kacau, biarkan merenih hingga ikan cukup masak.Tutup api dan sedia dinikmati dengan nasi hangat.
  6. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Friday, November 26, 2010

Rendang Ayam & Nasi Impit

 
Teringin nak makan rendang ayam dengan nasi impit pula. Masa raya haji tempohari saya sempatlah buat rendang ayam malam raya tu. Maklumlah pertama kali sambut raya kat rumah sendiri di Shah Alam ni. Kalau tidak, setiap kali raya mesti kat rumah my parents atau my MIL. Tapi memandangkan my MIL dah tak ada, so my husband decided yang kami akan bertolak balik Perlis selepas solat hari raya.
 
Kebetulan pulak hari sebelum raya tu banyak kerja, so rushing balik rumah sebab nak kena siapkan juadah untuk esok. My husband cakap tak kan lah kita nak makan roti cicah susu di pagi raya. Sadis okey.....
So mula mula kena siapkan makan malam, then baru start memasak rendang ayam dan buat kek untuk bawa balik ke kampung. Bila dah letih, terlupa nak rebus nasi impit. Jadi pagi esok tu baru teringat nasi impit belum rebus, cepat cepat rebus guna pressure cooker. Tapi bila masih panas, memang la agak lembik dan susah nak potong. So pagi tu terpaksa lah makan rendang ayam dengan nasi impit lembik.

Selepas siap nak balik ke Perlis, my husband suruh saya masukkan rendang dan nasi impit yg belum di potong ke dalam bekas. Katanya nak bagi pada GUARD kat kawasan perumahan kitaorang ni. Rezeki dioranglah nampaknya. Tak taulah macam mana diorang potong nasi impit tu....
 
Kali ni buat rendang ikut resepi kak Jun@myresepi.
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • @  2 batang serai 
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Thursday, November 25, 2010

Pajeri Nenas

 
Malam tadi ada sedikit mood rajin so saya masak pajeri nenas untu makan malam. Saya lebih sukakan pajeri terung tapi memandangkan my husband tak suka jadi kena la buat yg dua dua boleh makan. Sebabkan mood rajin ada sikit je jadi saya gunakan nenas dalam tin sahaja, malas nak kupas nenas dan buang "bulu hidungnya" tu...

Bahan bahan
1 tin nenas
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan udang kering - ditumbuk
1 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang, Kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan cili kering kisar
1 cawan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit jus dari tin nenas ( saya tak masuk kan gula sebab jus ni dah manis)
1 sudu makan kerisek
Cili besar ( sekadar untuk hiasan )

Cara cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih bersama sama rempah hinga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar bersama sama daun kari dan udang kering. Kacau biar sekata dan masak hingga naik minyak.
3. Masukkan buah nenas dan santan pekat. Masukkan juga sedikit jus dari tin buah nenas tadi. Gaul sekata dan biarkan ia mereneh seketika.
4. Kemudian masukkan kerisek dan cili besar. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan dengan kepekatan yang disukai. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga kuah pajeri sekit pekat, angkat dan sedia dinikmati.

Tuesday, November 23, 2010

Gulai Talang Kering & Nenas

 Dah lama juga tak masak menu berat untuk makan malam. Ini menu pertama selepas raya haji. Aduhai tak tahan memikirkan kesedapan menikmati gulai talang kering dengan nenas bersama sama nasi panas. Kalau ada sambal belacan dan ulam ulaman lagi la kan..... tapi sebab akak malas nak menumbuk sambal belacan, jadi makan je lah apa yang ada.

Ikan keli dan haruan kering sebagai penambah kesedapan menikmati nasi putih hangat dan gulai.

Monday, November 22, 2010

Nat Pokok Getah

 NAT, atau pasar antara tempat yang MESTI saya terjah setiap kali balik ke Perlis. Tak tau kenapa tapi mesti nak pergi juga. Seronok tengok barang jualan yang kadang kala susah nak jumpa kat Shah Alam ni. 
Contohnya sotong, bukanlah kat Shah Alam takde org jual sotong tapi susah nak jumpa sotong yang segar macam ni dengan harga yang murah di sini.

 Udang Harimau ni pun murah juga. Adoiii geramnya saya tengok tapi sebabkan masa yg sedikit terhad terpaksa cuci mata saja.

 Yang ini pula siput mentarang, bukan musim agaknya sebab saiznya agak kecil.

 Yang paling tak tahan ialah ikan kembong ni, memang geram sungguh. Bayangkan, ikan tu punyalah segar, kulitnya bersih dan berkilat. Rasa seperti nak ambik terus masuk mulut je. Tengoklah harganya....

 Peniaga ini menjual ikan sungai seperti keli dan haruan yang basah ataupun yang sudah dikeringkan. Dan dia mungkin letak seekor ikan keli Afrika yang bersaiz besar ni sebagai penarik. Bayangkanlah saiznya yang lebih besar dari kaki lelaki dewasa tu.

 Yang ini ialah SOMTAM.

 Ini pula ialah RINGI, atau padi pulut muda yang disangai dan ditumbuk, kemudian digauk dengan gula dan kelapa muda. Sedap....

Yang ini ialah Meung Kham sejenis appetizer dari Thailand. Ia menggunaka daun kaduk, sedap tau.....

Hanya suka suka....

 Pepatung Biru

 Ketam sawah

 Pepatung Oren

Pepatung Kuning
Ini kes takde kerja, sambil jalan di tepi sawah sambil menghirup udara nyaman di petang hari, bawa kamera dan apa lagi klik sana klik sini lah.....