Monday, November 22, 2010

Nat Pokok Getah

 NAT, atau pasar antara tempat yang MESTI saya terjah setiap kali balik ke Perlis. Tak tau kenapa tapi mesti nak pergi juga. Seronok tengok barang jualan yang kadang kala susah nak jumpa kat Shah Alam ni. 
Contohnya sotong, bukanlah kat Shah Alam takde org jual sotong tapi susah nak jumpa sotong yang segar macam ni dengan harga yang murah di sini.

 Udang Harimau ni pun murah juga. Adoiii geramnya saya tengok tapi sebabkan masa yg sedikit terhad terpaksa cuci mata saja.

 Yang ini pula siput mentarang, bukan musim agaknya sebab saiznya agak kecil.

 Yang paling tak tahan ialah ikan kembong ni, memang geram sungguh. Bayangkan, ikan tu punyalah segar, kulitnya bersih dan berkilat. Rasa seperti nak ambik terus masuk mulut je. Tengoklah harganya....

 Peniaga ini menjual ikan sungai seperti keli dan haruan yang basah ataupun yang sudah dikeringkan. Dan dia mungkin letak seekor ikan keli Afrika yang bersaiz besar ni sebagai penarik. Bayangkanlah saiznya yang lebih besar dari kaki lelaki dewasa tu.

 Yang ini ialah SOMTAM.

 Ini pula ialah RINGI, atau padi pulut muda yang disangai dan ditumbuk, kemudian digauk dengan gula dan kelapa muda. Sedap....

Yang ini ialah Meung Kham sejenis appetizer dari Thailand. Ia menggunaka daun kaduk, sedap tau.....

8 comments:

  1. akakk...bila tengok rangi atau kami panggil KALU terkenang zaman kecik2 dulu.mak akan tuai padi muda , tumbuk, asingkan , gaul ngn klapa muda..peehh mmg best..masa buat tu ramai2 la gotongroyong...

    ReplyDelete
  2. izah
    betul tu, dulu dulu memang selalu buat gotong royong. Tapi sekarang dah jarang sangat. Tapi dapat makan, puas hati betul.

    ReplyDelete
  3. akak.. ringi itu sangat sedap. lama sungguh tak makan..

    ReplyDelete
  4. sedaaaaaapppnye bkn ikan keli tp ringi tu
    padahal x pernah mkn tp menyelerakan

    ReplyDelete
  5. uih kak ila, geram tgk sotong, udan ngn ikan kembong tu.. tp ikan keli tu geli la pulak, pasal gedabak benar... huhuhu... seram nk mkn pon ada... huhu

    ReplyDelete
  6. Aduhai...meleleh ayag liuq mcm ni .. dah lama x p nat kat Kedah..mcm ni la, murah, segar dan sedap... ikan kembung tu klau dpt kat mak saya dia buat cucuq ikan .. menerkam anak2 saya mengalahkan kucing!!.. ha ha

    ReplyDelete
  7. mana nak dapat ringi ni lagi sekarang ek? rasa dah lama ngidam..

    ReplyDelete
  8. Sarina,

    Saya pun dah lama tak jumpa ringi sebab lama sangat tak balik Perlis.Rasanya hanya boleh jumpa ringi di Kedah atau Perlis semasa musim menuai padi. Adoiiii rindunya nak balik Perlis.

    ReplyDelete