Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat dan selamat bercuti buat teman teman yang lain. Hari ni saya tak kemana mana.Plan nak keluar tapi macam takde mood la pulak. Oh ya, ini kali kedua saya mencuba buat Kek Karamel. Yang mula mula tu tak jadi sebab adunan kek saya tenggelam dalam adunan puding. So bila masak, puding dah ok cuma saya kek jadi bantat. Saya rasa pasal putih telur tu tak betul betul soft peak. Lagipun loyang tu besar sikit.
Hari ni saya guna spring foam, ini silap saya juga sebab bila bakar guna kaedah bain marie, adunan telur tu keluar ikut bahagian bawah dan akhirnya lapisan puding saya nipis sangat dan hampir takde. Itupun saya dah balut dengan aluminium foil. Adunan kek span tu dah cun so nanti kena beli loyang yang baru.
Resepi kek karamel ni saya ambil dari Facebook/Kongsi Resepi oleh Puan Munira Baharum. Memang sedap dan kek span tu lembut dan gebu. Definitely (Insyaallah) akan buat lagi.
Loyang size 7X7
Bahan bahan
(A) Gula hangus
2 sudu gula
2 sudu air
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga bertukar perang, masukkan air dan kacau. Tuang gula hangus ini ke dalam loyang, ketepikan.
(B) Audnan Puding
1/2 tin susu cair
70 gms gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur kuning
(C) Adunan Kek Span
140 gms tepung gandum
70 gms gula kastor
3 biji telur kuning
135 ml air biasa ( saya guna susu segar )
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
(D) Meringue
6 biji telur putih
70 gms gula kastor
1 sudu teh krim of tar tar
Cara cara
1- Kacau semua bahan bahan (B) perlahan lahan, jangan biarkan berbuih.
2- Tapis ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.
3- Pukul bahan (C) dengan pemukul telur.
4- Pukul bahan (D) hingga kembang/soft peak. Campurkan adunan C dan D hingga sebati.
5- Bahagiakan kepada 3 bahagian dan letak warna yang disukai.
6- Sendukkan ke dalam loyang puding tadi berselang seli hingga habis semua adunan.
7- Bakar di dalam ketuhar dengan kaedah bain marie selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.
8- Setelah masak, angkat dan biarkan pada suhu bilik selama 10 minit kemudian simpan di dalam peti sejuk.
9- Enak dinikmati setelah puding keras dan sejuk.
Salam maal hijrah kak, yg penting kek ni sedap n cantek akak buatnye ni ;)..
ReplyDeleteThat is one gorgeous slice kak!!! Loved the colors...;)
ReplyDeletecantik dan nyum2
ReplyDeletesalam maal hijrah buat zila & hubby ya..semuga dengan kedatangan tahun baru ini rezeki bertambah2 lah ya..insyaallah..
ReplyDeletesedapnya kak zam...terliur dibuatnya..
ReplyDelete