Tekak ni terasa nak makan sambal tumis ikan bilis. Kebetulan ada kentang yang dah nak menopos kat dapur, saya campurkan sekali dalam sambal tumis ikan bilis saya. Ok juga kan, takdelah membazir sebabnya saya ni suka sangat beli kentang. Hari tu masa hari Jumaat sebelum balik kg, sempat lagi shopping kat TESCO Xtra sebab my mom kirim nak beli barang. Ternampak kentang besar terus ambik tapi bila nak pergi bayar punyalah ramai org beratur dengan barang penuh satu troli. Dah la kaunter sikit, terus letak balik kentang dan terus keluar. Padahal kat rumah masih ada 2 ketul kentang lagi. Kira tamak haloba la juga tu....
salam kak zila
ReplyDeletehmm..sedapnya sambal bilis tu..terliur nengok..
Iza,
ReplyDeleteWS, akak kalau ada sambal bilis dengan nasi putih pun dah sedap sangat.