Hari tu saya dan my husband tengok dokumentari berkenaan Penyimpan Mohor Besar Besar Raja Raja Melayu kat TV1 rasanya, maklumlah asyik tengok movie atau drama je, sesakli kena la tengok rancangan yang membina jugakan. So, Engku Ibrahim ke nama dia, ( kalau nampak muka dia kat TV mesti ingat nak puasa atau raya je....) bercerita tentang pemakanannya yang membuatkan dia sihat dan mencecah umur 70 tahun. Antaranya ialah dia banyak makan ikan dan kurangkan gula. Rasanya dia jarang ambil makanan berdaging.
So, sempatlah saya ngendeng kat my husband, cakap dengan dia mesti makan ikan dengan banyak dan banyak minum air suam je. Maklumlah my husband ni tak suka makan ikan. Hanya 2,3 jenis ikan saya yang dia makan. Berbanding dengan saya yang boleh makan berjenis jenis ikan, walaupun ada 1,2 ikan yang saya masih belum berupaya nak telan.
Sebab itulah malam tadi kami dinner dengan ikan, siap kukus lagi instead of digoreng. Ada la secubit dua je yang my husband makan, sebab tu saya buatkan juga sambal udang, kesian la pulak nak paksa dia makan ikan banyak banyak sekaligus kan.... resepinya nanti saya update, sibuk sikit hari ni.
Bahan bahan
1 ekor ikan siakap - disiang, cuci dan toskan
1 inci halia - dimayang
1/2 labu bawangbesar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 kuntum shiitake Mushroom - dihiris nipis
1/2 biji tomato - dipotong baji
2 sudu makan perencah assam pedas segera
Garam dan lada sulah
1 sudu teh jus lemon
Sedikit daun ketumbar & daun bawang - untuk hiasan
Cili merah - untuk hiasan
Cara cara
1. Panaskan kukusan. Lumurkan ikan siakap dengan garam, lada sulah,jus lemon dan perencah assam pedas segera.
2. Letakkan ikan siakap di atas pinggan yang sesuai. Taburkan halia, bawang besar, bawang putih, shiitake mushroom.
3. Susunkan buah tomato disekeliling pinggan. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selma 15 minit atau sehingga ikan masak.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar, daun bawang dan cili merah potong sebelum dihidang.

kak zila...saya pon prefer ikan dr ayam...tp ikan stim ni, mmg fevret kami...i likeee. ;)
ReplyDeletefmina,
ReplyDeleteAkak suka masakan yg steam tapi kena consider tekak yg sorang lagi.
zila, CB sempat tgk dokumentari khas Engku Dato Ibrahim tu 1/2 jam awal je sbb lepas tu berebut tv ngan anak2...CB mmg nk tgk sgt sbb ada beb. gambar penerbitnya pinjam gambar dari koleksi kami...tapi takpe sbb penerbit janji nk bagi 1 copy kat CB. So CB missed la part biografinya...
ReplyDeletek.nor pun prefer ikan dr ayam,... :)
ReplyDeletesaya pun suka mkn ikan stim ni...memang my fav ni..nanti boleh cuba resepi ni pula..:)
ReplyDeletesalam zila,
ReplyDeletesedapnya nampak ikan siakap ni!!
my hubby suka makan ikan, tapi I yang tak berapa suka sangat..terbalik pulak kita ni ya..hahahaa..
fav ni kak zila.. perut berbunyi dah ni..
ReplyDelete