Sudah beberapa hari tak update blog, rasanya sejak sebelum cuti Chinese New Year lagi. Bila dah mula kerja, agak sibuk + malas nak update blog. Agaknya sebab lama sangat kot bercuti, tambahan kat kampung, coverage broadband macam siput ba**. Punyalah lama nak buka blog atau FB. Itu yang lagi malas nak update.
Semalam saya buat kuih Talam Pisang tapi yang bahagian atas tu lebih kepada serikaya. So, saya pun pandai pandai tukar nama. Sedap juga, ok lah pada tekak sendiri. Resepi saya update kemudian ye, nak balik rumah pulak. Tengah fikir nak masak atau beli je yang dah siap.
Updated on 13/02/11
Bahan A
1/2 cawan tepung beras
1/2 tepung kanji ( saya guna tepung jagung )
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
4 biji pisang, potong kecil
Bahan B
2 cawan santan'1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula pasir
5 biji telur ayam
Sedikit pewarna kuning / apple green
Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua Bahan A, kacau dan ratakan serta masak diatas api sederhana panas. Apabila sudah pekat, tuangkan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 15 minit.
3. Sementara itu, campurkan Bahan B, tapiskan supaya tidak bergentil dan kacau di atas api hingga agak pekat.
4. Tuangkan ke atas Bahan A yang telah dikukus tadi dan kukus hingga masak. Sejukkan dulu sebelum dipotong.
sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDeletesuka tgk ur blog...coz semua pic nampak cantek sgt...lagik bertmbh lazat nmpk hidangan itew
sukanya serikaya mcm ni, pos resepi nanti nak try hehe..
ReplyDelete