We had Chicken Noodle Soup for our dinner tonight. Sebenarnya dah tak tau nak masak lauk apa. Bila tanya my husband what should we have for our dinner? Dia tanya kita balik, apa nak makan malam nanti. Selepas pandang memandang dan soalan dijawab dengan soalan, maka terhasillah Chicken Noodle Soup untuk makan malam.
Kadang kala pening kepala bila fikirkan apa yang nak dimasak untuk makan malam. Itu yang kadang kala masak lauk ulang tayang je.
Bahan bahan untuk vegetable stock
2 batang celery - potong kepada saiz kecil
1/2 batang lobak merah - potong kepada saiz kecil
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
200 gms tulang ayam
Air secukupnya
Masukkan semua bahan ke dalam periuk tekanan dan ikut arahan. Setelah masak, tapis dan ketepikan.
Bahan bahan untuk mee sup
1000 ml vegetable stock
Sawi (saya gunakan baby sawi)
Fishball
Shiitake mushroom
175 gms daging ayam
Mee Kuning
Cara cara
1. Didihkan vegetable stock, masukkan daging ayam dan fishball. Renehkan lebih kurang 20 minit, keluarkan isi ayam. Biarkan seketika, carik carikkan isi ayam dan ketepikan.
2. Masukkan sawi dan lobak merah dari lebihan buat vegetable stock. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Biarkan seketika hingga sawi layu. Tutup api.
3. Hiris shiitake mushroom dan goreng dengan minyak sedikit hingga layu.
4. Celur mee kuning dan toskan. Masukkan mee ke dalam mangkuk, tuangkan sup bersama sama sayuran dan fishball. Letakkan isi ayam yang telah dicarik dan juga shiitake mushroom tadi.
5. Sedia untuk dinikmati panas panas.......
suka tengok pinggan mangkuk yang Haliza guna untuk hidangkan semua masakan masakan Haliza
ReplyDeletemcm makan kat luar
pB,
ReplyDeleteSaya memang pantang nampak pinggan mangkuk yg lain dari yg lain, mulalah excited lain macam.