Selamat Pagi....
Hari ini cuti sekolah dah bermula, jadi jalan pun sedikit lengang, tak banyak kenderaan seperti biasa. Jadi bolehlah memandu macam mak minah lenggang kangkung...
Oh ya, cakap pasal memandu ni, saya teringat pasal lesen memandu saya. Selalunya my husband yang akan renew my driving license. Kebetulan hari jumaat lepas saya ke TM atas urusan tertentu, saya kena keluarkan IC. Tapi saya tersilap keluarkan lesen memandu. Semasa nak simpan balik lesen tu baru saya perasan yang lesen tu dah expired. Bukan sehari sebelum atau seminggu sebelum tapi 3 BULAN lepas. Maknanya selama ini saya memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh. Dah merata rata saya merempit tapi mungkin tak pernah kena tahan dengan pak polisi yang buat road block, sebab itu saya jarang sangat check lesen saya.
Oh ya.... hari ini pun saya memandu ke tempat kerja, dengan lesen yang tamat tempoh. Kalau ada Pak/Mak Polisi yang baca, tolong jangan tangkap saya. Sekejap lagi saya pergi renew....
Tengahari semalam saya cuma masak kari ketam dan asam rebus tempoyak ikan untuk makan tengahari. Sebab malam my husband dah plan nak makan kat luar. Birthday dia hari sabtu tapi kami postponed Birthday Dinner the next day. Takde yang special pun, nak buat kek, my husband tak nak. Kalau makan malam berdua pun selalu sangat, tak perlu tunggu any special or specific occasion. Hadiah? Harijadi saya, tentulah saya yang dapat hadiah. Kalau hari jadi my husband, SAYA juga yang dapat hadiah... Best apa.
Bahan bahan
4 ekor ikan Selayang / Kembung
1 batang serai
2 sudu makan tempoyak
4 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Sedikit daun kesum
3 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara cara
1. Tumbuk bawang merah, kunyit dan cili padi hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air anggaran 1 liter.
2. Masukkan tempoyak, serai yang telah ditumbuk sedikit dan daun kesum ke dalam periuk tadi. Didihkan.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Renehkan seketika dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Setelah ikan masak, bolehlah dituup api dan dihidang panas dengan nasi putih.
SALAM
ReplyDeletetempoyak ??
pB tak suka
tapi kalau durian atau pun lempok , wah kegemaran pB tu
pB,
ReplyDeleteKalau suka durian tapi takleh terima tempoyak, itu biasa. Tapi kalau takleh makan durian tapi boleh makan tempoyak, itu lain dari biasa.
haha..cerita kita sama la kak..sy pun pernah mati lesen dh 3 bulan bru prsan..time tu dh kemana2 kan, tp bla dh tau lesen mati, nk g kedai pn dh cuak..menggelabah kan...klakar bla ingt..
ReplyDeletesama ler cam diana.. kekdg tu x ingat lesen memandu dah tamat tempoh... hehehehee... ^_^.
ReplyDeleteteringin nak merasa tempoyak.. diana x perna lg makan tempoyak... :D
akak sangat2 suka / admire your pics very2 much. Akak hampir "khatam" membaca blog ini....tinggal sikit lagi :)
ReplyDelete