Saturday, May 14, 2011

Fish Porridge


 Ada orang kata....

Bubur nasi hanya untuk orang sakit,

atau

untuk orang yang takde gigi.

Tapi bagi sesetengah orang, bubur nasi boleh jadi satu menu yang sedap. Tambahan kalau boleh letak macam macam dalam bubur nasi. Saya salah seorang yang suka makan bubur nasi sejak kecil lagi. Emak, abah dan adik adik saya semua suka makan bubur nasi, memang bertambah tambah dan siap boleh buat siaran ulangan lagi.


Tapi suami saya tak suka makan bubur nasi, dia cakap macam oang sakit je...

Memandangkan semalam my husband ada small gathering dengan kawan kawan sekolahnya, jadi saya tak perlu sediakan makan malam. Sebelum balik rumah, my husband dah pesan suruh makan dulu, beli saja apa yang saya nak makan. Saya cakap, yelah... nanti saya beli dulu sebelum balik.

Tapi last minute saya ubah fikiran.

Masa nilah saya boleh masak makanan yang saya suka tapi dia tak suka.
So, saya masak bubur nasi ikan untuk diri sendiri.

Terlebih rajin?

Kadang kala kalau terasa nak makan, saya akan menjadi terlebih rajin walaupun saya seorang je yang nak makan.


Sambal Tumis & Telur Asin

Bahan bahan ( 2 orang lebih kurang )
1/2 cawan beras
6 cawan air - bergantung pada beras
1 inci halia
1/2 sudu teh lada putih
Garam Secukupnya
2 keping isi ikan jenahak / apa apa isi ikan putih
Sayur kangkung
1 sudu teh serbuk dashi (optional)

Cara cara
1. Cuci beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam pengisar bahan kering, tekan 1 @ 2 kali supaya beras tadi sedikit pecah dan bukannya kisar hingga menjadi halus. (Proses ini membantu mempercepatkan proses memasak bubur.)
2. Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi, masukan juga halia yang telah dimayang. Tuang air dan masak. ( Saya guna menu "PORRIDGE" pada periuk nasi elektrik).
3. Setelah nasi sudah semakin menjadi bubur, masukkan isi ikan yang telah dipotong kiub, sayur kangkung, garam, serbuk lada putih dan serbuk dashi.
4. Tutup periuk dan biarkan bubur sehingga masak. Jika semasa proses memasak, nasi masih berbutir dan air menjadi semakin kering, boleh masukkan sedikit demi sedikit air panas.
5. Sedap dimakan dengan sambal tumis, telur asin atau boleh cicah dengan cakoi.

9 comments:

  1. lama x makan telur masin...akak tahu x nak homemade telur masin ni?...kat sini x der jual....tgk kt blog akak ni selalu buat ayu terlioq :-p

    ReplyDelete
  2. salam,

    kalau boleh post resepi fish porridge tu boleh?? Menarik sebab suami saya pon suka bubur. Ayam/daging dia tak makan. So fish porridge amat le sesuai.

    ReplyDelete
  3. Ayu,
    Insyaallah nanti akak tanya emak akak macam mana nak buat telur asin.

    ReplyDelete
  4. Puan Apash,
    Saya dah update resepi. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  5. bukan payah pun nak buat , tapi kenapa susah benar nak buat





    pB cakap pB lar tu

    ReplyDelete
  6. Salam Hazila...

    Ingatkan husband kak cek je tak suka makan bubur cam ni...lain beno selera diorg...sedap pe masak cam gini...makan ngan ikan bilis goreng ke...telur masin ke....teringin jugak sesekali nak makan menu cam gini....

    ReplyDelete
  7. cik cek,
    rasanya ramai lelaki tak suka makan bubur nasi cam ni. Kalau nak ikut tekak diorang memang susah la nak merasa.

    ReplyDelete
  8. pB,
    bukan pB je, saya pun kadang kala malas sangat nak buat walau benda tu senang. Tapi kalau mood baikkkk, benda susah pun sanggup buat.

    ReplyDelete
  9. salam

    one of my faveret

    sanggup turun ke Kg.Baru just utk
    menikmati bubur nasi :)

    ReplyDelete