Friday, May 6, 2011

Grilled Chicken With Garlic Mashed Potato


Salam di Hari Jumaat....

Dah agak lama tak masak any western food untuk makan malam. Tapi ada nasi untuk my husband sebab dia tak suka mashed potato, tambahan kalau letak bawang putih lagi.

Semalam boleh dikatakan makan makanan yang "healthy" sebab takde yang bergoreng atau bersantan. Sayur dan jagung tu saya kukus, tapi sayur terlebih kukus hingga agak lembik sikit. Ayam pulak saya grilled menggunakan BBQ Grill.

Garlic Mashed Potato

2 biji kentang Russet
1 sudu makan butter
1/2 sudu teh garam - secukup rasa
1/3 cawan susu segar
1 bulb bawang putih
Olive Oil
Aluminium Foil

Cara cara
1.  Kupas kentang, cuci dan rebus dengan garam hingga empuk. Toskan.
2. Potong sedikit bahagian atas bawang putih,letakkan sedikit olive oil ke atasnya.Balut bawang putih di dalam aluminium foil, bakar di atas grill selama lebih kurang 20 min. Boleh bakar di dalam oven.
3. Keluarkan bawang putih, ambil isinya dan masukan ke dalam bekas berisi kentang rebus tadi.
4. Masukkan butter dan lenyekkan kentang dan bawang putih sambil masukkan sedikit demi sedikit susu segar hingga menjadi mashed potato seperti dikehendaki.


Grilled Chicken

1/2 bird of chicken ( small size )
1 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan freshly ground black pepper
Sedikit minyak zaitun

Cara cara
1. Cuci bersih ayam, tos dan lumurkan dengan garam, serbuk paprika, black pepper dan minyak zaitun.
2. Perapkan sebentar, lebih kurang 20-30 min.
3. Panaskan BBQ Grill, panggang ayam sambil dibalikkan beberapa kali hingga masak.

12 comments:

  1. As'salam sdp tu lama pula x buat fv ank dan family ni..lapar pepagi negok manu ni...

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan.. best la blog ni.. gamba jelas2... masakan pun sedap2.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  3. wah!! terliur tgk d pagi hari nie... lapar terus.. hehehe

    ReplyDelete
  4. owh tidakkkkkkkkkk
    punah diet tgk ayam nie...
    oishii sou...ader lagik x???

    ReplyDelete
  5. sedapppnya...
    nak sepinggan..he..he..

    ReplyDelete
  6. Salam Hazila...

    Wah ada western food kat sini....emmm...sedapnya....lapo lak perut ni jadinya....

    ReplyDelete
  7. Sheila,
    Senang masak macam ni, seminggu 2,3 kali pun ok.

    ReplyDelete
  8. bobhandburry,
    Thanks, saya dah singgah tadi.

    ReplyDelete
  9. Diana,
    nak offer pun dah habis...

    ReplyDelete
  10. Lady,
    dah habis la.... selamat diet kan.

    ReplyDelete
  11. Mas,
    Pinggan je yg tinggal.....

    ReplyDelete
  12. cik cek
    WS, dah lama tak masak western, semalam gatal tangan.

    ReplyDelete