Tuesday, May 31, 2011

Haruan Bantut



Dah beberapa kali suami saya bersungut nak makan Ikan Haruan Bantut. Terms "Bantut" kat sini bukanlah pendek atau dompot, tapi istilah orang sebelah utara bila Ikan di belah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian di bakar atau dipanggang.

Biasanya mereka menggunakan ikan haruan yang agak besar especially ikan haruan dari sawah atau sungai. Lagi sedap bila dipanggang menggunakan kayu api instead of oven atau grill. Aromanya lagi semerbak dan menaikkan selera.

 Ada orang tak boleh makan ikan haruan sebab keaadaannya yang menyerupai ular. Saya memang tak akan siang ikan haruan, keli atau puyu kalau masih hidup. Kat sini senang, pilih ikan dan suruh penjual tu siang ikut kehendak kita. Boleh suruh belah belakang ke, even boleh minta mereka belah butterfly style seperti ikan kerapu di Chinese Restaurant. Balik rumah, cuci dan boleh terus masak.


Bahan bahan

1 ekor ikan haruan sederhana besarnya - dibelah belakang dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Segenggam penuh kelapa parut
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Garam
Sedikit minyak

Cara cara
1. Lumurkan garam pada isi ikan dan letakkan sedikit minyak di permukaan ikan supaya tidak melekat semasa membakar. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih, serai, cili merah, garam, kelapa parut kunyit, jintan manis, jintan putih dan halia.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan yang telah dibelah.
4. Bakar di atas pembakar hingga masak.

15 comments:

  1. cepat2 dtg jenguk nak tgk rupa haruan bantut..ingtkan betul2 batut td..rupanya ada panggilan khas yer...suami saya suka ikan2 yg buat gini, tp biasa wat guna cencaru je..beli haruan time lepas bersalin & saya je mkn..hihi

    ReplyDelete
  2. ni baru tau kat utara panggil camtu rupenya..cam ikan cencaru sumbat...

    ReplyDelete
  3. sedap nampak...selalu makan ikan haruan goreng jer akak....

    ReplyDelete
  4. sedapnya...
    kalau goreng boleh tak?

    ReplyDelete
  5. kita pun saspen gak nak tengok cemana rupa ikan haruan bantut.. cepat2 masuk sini.. hehehe... ikan haruan memang bukan pilihan kalau ke pasar.. bukan sebab harganya mahal.. tapi memang tekak tak berapa nak lalu.. tapi.. masa bersalin operation ritu.. terpaksa gak cekalkan hati makan lauk ikan haruan masa dlm pantang demi nak segera sembuh.. kikiki... apa2pun.. rasanya taklah teruk sgt.. orait jer.. cuma mungkin macam yang hazila dok ckp tulah.. terbayangkan 'snakehead'nyer tu yg buat rasa lain macam tu...

    ReplyDelete
  6. Anna,
    Selalunya memang buat guna cencaru atau terubok je.

    ReplyDelete
  7. Kunang-Kunang,
    hhehehehe....lain tempat lain gelarannya.

    ReplyDelete
  8. Ayu,
    Akak suka buat gulai. Goreng pun sodap.

    ReplyDelete
  9. Kasehredha,
    Kalau nak goreng tak boleh sumbat la kak takut nanti semua bahan sumbat tu terkeluar.

    ReplyDelete
  10. Madiha,
    Betul tu, bila tengok kepala dia dah rasa semacam je.....

    ReplyDelete
  11. lama dah tak makan ikan haruan..
    sedappnya tengokkk..

    ReplyDelete
  12. cik kak kite tk pernah buat sbbnya kat umah tu ada yg tak suka nyok ,tp nmpk mcm sedap je

    ReplyDelete
  13. Hello,
    Saya Wendy dari Table for 2 or More.
    Saya ingin meminta izin untuk memaparkan gambar haruan bantut kat introduction post Kedah Perlis Food Fest yang akan berlangsung dari 1-30 Nov 2012.
    Kredit akan diberi untuk sumber gambar.
    Sekian Terima Kasih
    http://wendyinkk.blogspot.com/p/malaysian-food-fest.html

    ReplyDelete
  14. Masakan ni memang kegemaran sy memang sedap fuh..... tak nampak mak mertue lalu kat belakang hehehehe

    ReplyDelete
  15. Masakan ni memang kegemaran sy memang sedap fuh..... tak nampak mak mertue lalu kat belakang hehehehe

    ReplyDelete