Thursday, June 23, 2011

Avocado Mousse with Choc Sause


Minggu ni saya banyak buat entry dessert, sebabnya untuk dinner selalu masak menu ulangan saja. Nanti orang jemu pulak asyik tengok menu yang sama je berulang kali. Tapi memandangkan menu itu yang paling disukai kena jugalah masak.

Hari ni pun saya letak dessert lagi, hari tu saya ke Giant nak cari buah Avocado murah, tapi harganya RM2.49 sebiji, beberapa hari kemudian turun kepada RM1.99 sebiji. Adusss.... tapi dah beli nak buat macam mana kan.

Di tempat lain buah ni masih agak mahal, anggaran RM4.90 sebiji. Kalau tak "mengidam" kena fikir dulu baru boleh beli.



Bahan bahan

200 ml susu cair
100 gms gula pasir
20 gms tepung jagung
2 biji kuning telur
10 gms gelatin - rendam dalam air sejuk dari peti ais
250 gms isi avocado
200 gms kirm - pukul kembang ( saya tak letak )
Sos coklat ( ready made )

Cara cara
1. Panaskan susu dengan gula hingga hampir mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, masak hingga ternampak letusan kecil. Tutup api.
2. Masukkan kuning telur, kacau cepat, hidupkan api semula dan masak sebentar sambil masukkan gelatin. Kacau hingga larut dan sebati.
3. Masukkan isi avocado yang telah dikisar dan kacau rata. Tutup api dan tuang ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
4. Tuang sos coklat semasa menghidang, hiaskan dengan pistachio nut.

23 comments:

  1. teringin nak makan tapy kan akak tekak x leh terima la rasa avocado nie...adeh sangat kg selera ayu nie khen...nangesss ;-p

    ReplyDelete
  2. gelatin tu guna yang brand apa ye liza? soya gelatin ke?

    ReplyDelete
  3. sorry salah taip...zila...not liza :)

    ReplyDelete
  4. Salam Hazila...
    Hmmmnnn sedap nyer ada avocado mousse..kalau sejuk2 nih pasti sedap... mama mintak salin recipe dulu yer :)

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    avicado ni rase die mcm mane erk? nk cuba.. tp takot tekak xbole terima..

    ReplyDelete
  6. assalam,
    jual kira biji ye...di sini pakai timbang, 1kg avocado paling mahal pun rm9, tak tahulah mana satu untung ye, timbang ke atau kira biji...

    ReplyDelete
  7. salam tuan rumah..
    nak semangkuk boleh ke..nak buat tak reti ha ha ha

    ReplyDelete
  8. salam Hazila...

    wahhh.. very inviting! harus ku cuba nanti ni...insyaAllah.. buah avocado kat rumah my auntie belum masak lagi.. tapi dah agak besar jugak.. menunggu masa je kot.. kalau dah masak nanti for sure nak try dessert ni... every year pokoknya berbuah.. & every year jugaklah I dok survey resepi2 dari avocado ni sebab nak pelbagaikan resepi & eksperimen dari avocado ni.. thanks ye share resepi ni.. i simpan dulu..

    ReplyDelete
  9. Ayu,
    Memang avocado ni ada rasa semcam sikit, kalau kita minum dia terasa macam melekat kat tekak.

    ReplyDelete
  10. As'salam Zila

    kak ct pun pernah gak nak beli buah avocado ni, sebiji dalam rm1++ gak. tak jadi letak balik..hahaha

    sejuk tekak bila dapat minum dessert ni kan ..yummy

    ReplyDelete
  11. Rabiatun,
    Bagi penggemar alpukat ni memang sedap.

    ReplyDelete
  12. Kasihredha,
    Saya guna gelatin yang serbuk, biasanya saya beli di kedai bakery. Ada yang bran Nur rasanya.

    ReplyDelete
  13. Mamahawa,
    Saya selalu buat in advance, simpan dalam peti ais sebelum makan.

    ReplyDelete
  14. Aloy,
    Macam mana ye nak describe rasa avocado ni... Kalau makan macam tu rasanya tawar dan berlemak. kena buat jus atau campur dengan bahan lain.

    ReplyDelete
  15. Amie,
    Kat sini tak pernah jumpa lagi org jual timbang. Tapi kalau sebiji RM5, memang lagi murah kalau sekilo RM9. Puas la makan....

    ReplyDelete
  16. Kerull,
    Meh la sini, saya jamu 2 mangkuk....

    ReplyDelete
  17. Madiha,
    Saya pernah terbaca dalam fotopages madiha tentang pokok avocado tu. Jelesnya ada pokok kat rumah sedara mara. Mesti puas makan kan.

    ReplyDelete
  18. Kak CT,
    Selalu Giant saja yang buat sale avocado, TESCO, HERO, MY MYDIN semua hampir RM5 sebiji. Boleh pengsan....

    ReplyDelete
  19. salam..akak kalo nk ltk krim tuh nk ltk waktu bile yer...

    ReplyDelete