Thursday, June 2, 2011

Sweet & Sour Garoupa


Sekejap saja sudah masuk hari Khamis. Sekarang ini rasa macam masa tu bergerak begitu pantas sekali, walhal dari dulu sampai sekarang sama saja.

Menyeramkan bila tengok muka ikan tu lama lama kan....Nampak macam ganas je. macam rupa ikan piranha. hehehehe....
Semalam masih dalam mood yang masih kemalasan tapi memikirkan masih banyak barang basah dalam esbok jadi kenalah masuk dapur juga. Nanti kalau dah lama ikan dah kurang enak dan lebih menyedihkan kalau terpaksa di buang begitu saja. Sayang kan....

Selalunya kalau saya masak mesti ada sekurang kurangnya 2 atau 3 menu walaupun org dalam rumah cuma ada 2 orang saja. Tapi semalam my husband pesan cuma masak 1 menu saja sebab masing masing sedikit kepenatan dan tak berapa ada nafsu nak makan banyak banyak. Jadi saya decided masak kerapu masam manis, ada lauk, sayur dan kuah dalam satu menu. Alhamdulillah hasbis dengan meratah saja.


Bahan bahan

Bahan A
1 ekor ikan kerapu
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit lada sulah
Sedikit Garam

Bahan B
1 biji buah tomato - buang biji dan potong kiub
50 gms nenas kiub - saya guna nenas dalam tin
1 labu bawang besar - di potong dadu
1/2 biji timun - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji lada merah - di potong dadu
1 biji cili hijau - dipotong dadu

Bahan C
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos plum
2 sudu makan jus limau
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa


1 sudu makan tepung jagung + air untuk memeatkan kuah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
200 ml air


Cara cara
1 Siang ikan, cuci kemudian letakkan garam dan lada sulah. Salutkan dengan tepung jagung. Perapkan seketika kemudian goreng terendam hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis halia,bawang putih dan merah yang telah dimayang hingga naik bau.
3. Masukkan air dan semua BAHAN C. Kacau sebati, kemudian masukkan BAHAN B. Biarkan ia mereneh sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan campuran tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah. Setelah masak, tuangkan kuah tadi ke atas ikan kerapu. Hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.

7 comments:

  1. Dtg lagi kak :D kita kan jarang betul nak amsak2 ikan, malas sbb kdg tu nak goreng besor ikan dr kuali nak potong2 mcm tak lawoo jerr hihihi.... biasa tu lah kita beli ikan kecik2 :D tp budak2 ni suke ikan goreng jer kalau masak2 mcm ni kita dgn hb jerr yg makan :D

    ReplyDelete
  2. ada org kasi akak seekor ikan siakap..hasil pancing.
    Ada resepi ni bolehlah akak cuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. ikan kerapu antara ikan yang sangat sedap isinya... saya lagi suka kerapu berbanding siakap.. siakap.. rasa hanyirnya kuat sikit.. hehe.. tp still boleh diterima tekak ler.. asalkan jangan paksa makan ikan patin sudah.. hehe..

    ReplyDelete
  4. wahhh...menggodanya tengok ikan tu berposing....
    mengancammm...

    ReplyDelete
  5. menggoda btol ikan tu posing.. nk skit. buat lauk dinner..

    ReplyDelete
  6. nmpk sgt sedap ikan tu... tergoda tgknya...

    ReplyDelete
  7. wah akak ikan kerapu itew...mahal x sekor?...bila bln posa mesti buat ikan masak gini...sedap :D

    ReplyDelete