Saturday, July 30, 2011

Bubur Kacang Merah


Selamat berhujung minggu...
Hari ini hujan turun agak lebat juga, alhamdulillah sedikit sebanyak sejuk dan pokok pokok di rumah tu segar sikit. Maklumlah tuan rumah sedikit sibuk sampai tak sempat nak siram pokok bunga. Ada yang dah hampir menyembah bumi, itu belum tengok rumput lagi.... Aduh pening kepala tengok rumah yang tunggang langgang ni. Dah plan dengan my husband nak bersihkan rumah dan laman hari ini dan esok, sebelum bulan puasa. Maklumlah, bila bulan puasa banyak alasannya nanti kalau disuruh potong rumput.... Selalunya bulan puasa kami agak sibuk, pengalaman dari tahun tahu yang lepas.

Semalam, sebelum balik kerja, saya tanya my husband nak makan apa untuk dinner. Awalnya nak makan itu, nak makan ini dan akhirnya sebelum balik minta saya belikan murtabak mamak untuk dinner. So saya tak masak juga malam tadi. Since tak perlu singsing lengan baju nak siapkan dinner, saya buat bubur kacang merah yang saya beli bila entah.

Bahan Bahan
100 gms kacang merah - rendam selama 2 jam
1 liter air
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir - atau secukup rasa
Secubit garam
1 cawan santan pekat - tambah sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Toskan kacang merah, masukkan kacang merah dan air ke dalam Pressure Cooker dan masak hingga kacang empuk dan sedikit hancur.
2. Pindahkan ke dalam periuk biasa, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
3. Semasa menghidang, masukkan bubur kacang merah ke dalam mangkuk, tuangkan sedikit santan pekat yang telah ditambah garam ke atas bubur tadi.
4. Sedia untuk dinikmati.


Bubur Kacang Merah

7 comments:

  1. salam hazila,
    bubur ni sedap dimakan sejuk dan sedap juga dimakan semasa panas kan? thanks.. idea untk berbuka.

    ReplyDelete
  2. mmg sedap buat desert masa berbuka nanti...

    p/s::bowl akak mcm jepun punya la...lawa

    ReplyDelete
  3. dah terasa dah manisnya bubur... sedap makan dengan roti...Amie suka!

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk bubur kacang merah tu... buat berbuka puasa mmg sedap nie..

    salam ramadan dari diana.. salah n silap harap d maafkan yer..

    ReplyDelete
  5. Hazila,

    Selamat berpuasa to u and ur family :)

    ReplyDelete