Saturday, August 20, 2011

Bihun Kari


Selalunya saya buat mee kari tapi semalam tukar selera sikit. Saya tukar mee dengan bihun. Not bad juga rasanya. Kebetulan ada balance bihun masa saya buat bihun sup 2,3 hari lepas. Tapi tak sempat letak entry pasal bihun sup utara sebab malas sungguh nak ambil gambar.



Bahan bahan

300 gms Ayam - potong kecil
1 cawan isi kerang yang telah direbus.
2 kumtum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih *
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang ptih **
1 inci halia  **
250 ml santan pekat
600 ml air (anggaran )
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kisar
1 packet rempah kari ( RM0.60)
1/2 cawan jus asam jawa
Sedikit tauhu pok
Sedikit fish cake
Sawi - dicelur
30 sen Taugeh  - dicelur
Minyak untuk menumis
Bihun - dicelur

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda ** hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati, biarkan seketika. Masukkan santan pekat, jus asam jawan dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Biarkan ia mereneh seketika, perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan isi kerang, fish cake dan tauhu pok.
4. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum dimatikan api dapur.
5. Masukkan bihun, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.



Bihun Kari & Accessories

9 comments:

  1. suami akak mmg penggemar segala mee/bihun berkuah...tak kira sup ke kari ke semua dia suka.
    Lihat je sambal kat sudu tu..perrghh sure makan bertambah2...ada udang besar juga :)

    ReplyDelete
  2. hmm...bihun kari..
    sedapp tu kak...
    tengok pun menyelerakan betoi...

    ReplyDelete
  3. Akak.... drooling ni...... Tang sambal ngan udang besor tu.... tak tahan....

    Mangkuk akak cunnyer... Mata ni... asyik tgk udang.... tgk mangkuk... udang... mangkuk..... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. tak boleh tengok udang tu... lupa yang lain!

    ReplyDelete
  5. sedapnyer.... nak jugak! hehehe.... nanti ana pun nak try le pakai bihun.... ^_^

    ReplyDelete
  6. presentation mmg superb!!
    suka lah.. cantik betul nampaknya

    ReplyDelete
  7. rajin akak try mix and match ekkk
    sedap ek...leh buat ngan bihun sket nanty....udang tue mnggoda betul la...dah susah nk dpt udang fresh kat supermarket now

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...hu hu terliur ni..nak sikit boleh..sure dah habis tu

    ReplyDelete
  9. wah..saya mmg suka makan mee kari, tapi tgok klu letak bihun mmg macam sedap gak.. akak ade bukak kedai ke?
    kat mne? leh la g mkn..hahhaa

    ReplyDelete