Sunday, October 9, 2011

Puding Tembikai


Mood nak main masak masak dah menjelma sikit demi sedikit. So entry kedua hari ini ialah Puding Tembikai. Punyalah lama pendam nak buat bila tengok kawan kawan lain buat. Baru hari ni berjaya buat juga akhirnya.
Sebab agak terleka, bahagian putih tu dah agak keras masa saya tuang adunan hijau, lupa nak cucuk cucuk sikit. So bila nak potong, bahagian bawah tu dah tertanggal. Walau bagaimana pun saya kurangkan kuantiti gula dari yang asal sebab saya rasa agak manis nanti sebab selain gula ada susu pekat manis lagi.Resepi asal tak pasti dari siapa tapi dah ramai blogger yang sudah mencuba resepi ini.


Bahan Bahan
1 paket agar agar agar ( lebih kurang 15 gms)
2 keping roti putih
6 cawan air
1 1/2 cawan gula ( saya cuma gunakan 1 cawan sahaja )
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Sedikit cincau - dipotong kecil sebagai biji tembikai
Pewarna - merah dan hijau

Cara cara
1. Rebus agar agar hingga larut, masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur.
2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu pekat.
3. Ambil sedikit adunan, campurkan dengan roti putih, ksar hingga hancur. Tuang kembali ke dalam periuk tadi.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan pewarna hijau dan tuang ke dalam bekas. Biarkan seketika sehingga agak beku.
5. Ambil sedikit adunan tanpa pewarna, tuang ke atas adunan hijau tadi dan biarkan sedikit beku.
6. Lebihan adunan di campurkan dengan pewarna merah dan tuang ke atas adunan putih tadi.
7. Potong cincau kecil kecil dan taburkan ke dalam adunan merah tadi sebagai biji tembikai. Sejukkan.


*** Saya terbalikkan bermula dengan merah, putih dan hijau.


Puding Tembikai

10 comments:

  1. kak zila punya presentation memang hebatlah. menggoda nak try jugak ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hazila..akak pun x terbuat lagik..lupa dah kot..cantiiikk puding Hazila nih...sempurna sekali!! :)

    ReplyDelete
  3. lawanya.. tak sampai hati nak makan... pandang ajelah ye... he hehhhh

    ReplyDelete
  4. alahai.. cutenya. rasa sayang nak makan.. nak copy resepi ble? terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Hazila, wahhhh saya juge yang simpan resipi ni tapi belum buat2 jugeee....

    ReplyDelete
  6. whoaaaa...nanti pinjam resepi ye.. :)tq

    ReplyDelete
  7. wahh..saya juga la yang tak terbuat...cantik la kejadian puding tuh :))

    ReplyDelete
  8. kak zilaaa....
    bling bling bling mata owang nengok puding ni... comey betul... hihi

    ReplyDelete