Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.
Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.
Bahan bahan
Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.
ni suker gak...
ReplyDeletenak buat la gak
teringin nak mkn even tgk cihat ni ngeeee
nampak sedap pasta ni....
ReplyDeletepasta - pasta ni belum pernah buat lagi tapi teringin jugak..
nak share ok...
salam hazila..lama x singgah sini..sll jeling2 je..x sempat nk tinggal jejak..sedapnye..lama x wat..yumyumm
ReplyDeleteuishhh memang terliur...pandai hazila mengguda ehhh??
ReplyDeletesungguh menyelerakan...ni dah hulur piring kosong ni...liur pun dah leleh-leleh...
ReplyDeletecik kak ku telah terguda dengan baked pasta mu itew
ReplyDeletewaaa Zila sedap nyer...akak tak penah laa buat camgini.nak buat tapi bila tang cheese tu yg terbantut..
ReplyDeleteAyu,
ReplyDeleteAkak suami isteri pun tak sihat, takde selera nak makan.
Qhaifa,
ReplyDeleteSaya selalu simpan stok pasta dan sosnya sebab senang kalau mood malas atau ada org datang tergempar...
Kzai,
ReplyDeleteAkak rajin buat RV, saya baking ni ada sikit malas. hehehehe...
Chah,
ReplyDeletehehehehe...meh la terguda.
Amie,
ReplyDeleteNanti saya ikan piring kosong tu ye...
Chik mimi,
ReplyDeletetakpa, senang saja nak buat tu. bak kata pepatah saya, pejam mata pun boleh kan. Cuti pi mana?
Kak Asma,
ReplyDeleteAda versi yang tak perlu guna cheese. Rasanya macam buat sos bechamel + telur lepas tu curah ke atas pasta sebelum bakar. Kurang sikit kot tahap kolesterolnya tu...
akak suka dan teramat suka dgn pasta :))
ReplyDeletemeleleh air liur tgk heheheh
ReplyDeleteCreamynye... saya suka gak masak yang simple2 gini time weekdays. Sempat lah nak rehat2 sikit hehe :)
ReplyDeleteIjan
Suka sangat.. Nak cubalah buat sendiri.
ReplyDeletekak, nak bakar tu lama mana yer ?
ReplyDeleteMama Likha,
ReplyDeleteLebih kurang 20 minit rasanya pada suhu 180 darjah celcius. Agak agak juga sebab bergantung pada oven, kalau tengok cheese dah cair dan keperangan bolehlah tutup oven.