Thursday, December 8, 2011

Kepenatan........


Salam buat semua.....


Maaf sebab agak lama tak update blog. Maaf juga sebab tak sempat nak jengah kawan kawan..... Beberapa minggu sebelum ini saya sibuk dengan urusan majlis menyambut menantu di rumah keluarga saya di kampung. Sebagai anak sulung dalam keluarga yang tidak ramai, ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan. Tambahan adik perempuan saya masih dalam pantang, tolak adik lelaki yang menjadi pengantin, cuma ada adik lelaki yang bongsu. 

Saya ada cadangkan pada ibu bapa saya supaya ambil catering saja, walaupun akan meningkatkan sedikit kos tapi banyak masa yang boleh dijimatkan. Tapi biasalah, keluarga saya tidak bersetuju sebab tak sama rasanya kalau urusan kerja kahwin di uruskan oleh jiran sekampung. Pada mulanya keluarga saya hanya nak buat majlis kecil kecilan, maklumlah hanya menyambut menantu, tapi bila memikirkan dah hampir berbelas tahun tak ada majlis kenduri kahwin di rumah keluarga saya, majlis yang dirancang kecil kecilan menjadi agak besar juga.

Bila dah lama bercuti, maka banyaklah kerja yang tertangguh. Sekarang sibuk menguruskan semua kerja yang belum siap. Kebetulan juga sekarang ada 4 orang anak saudara yang tinggal di rumah saya sempena cuti sekolah. Rumah saya tak perlu cakaplah macam mana tonggang langgang di kerjakan mereka. Bersepah sepah dengan buku dan macam macam lagi. Aduhhhh pening kepala dibuatnya. Itu belum lagi kerenah masing masing, nak ajak jalan jalan la, pergi Wet World la.....

Semalam, my husband bawa diorang pergi Wet World di Shah Alam, puas la masing masing berendam dalam kolam tu. Mula mula my husband tak bagi diorang main lunsur air tu, tapi masing masing siap bodek my husband suruh sewa pelampung. Mula mula my husband cakap tak payah la, bahaya la, main je kat kolam yang cetek tu, tapi anak sedara my husband yang dari Perlis tu siap cakap kat my husband..

" Takpe la...... Paklong tak sayang kat kami. Sebab tu Paklong tak mau sewa pelampung. Macam Mana kalau kami tenggelam?"

Jadi, Paklong pun tak sampai hati, sewakan juga pelampung tu. Maklong ni tak kuasa nak melayan, mau naik darah tinggi dibuatnya.

10 comments:

  1. Salam rindu buat Zila...patutlah lama tak masak memasak... biasalah bab kenduri kahwin ni mmg penat... kdg2 catering pon penat juga...penat nk berkemas rumah... apapon yg penting semuanya berjln lancar dan selamat....tahniah dh dapat ipar baru...

    ReplyDelete
  2. baguihnyer kenduri masih lagi gotong royong ... keluarga saya kat kampung skrg pun kateringjer.. gituler... penat gak yerk kalau tak buat kateringni... memang boleh bayangkan...

    ReplyDelete
  3. Akak suka kalau kenduri kecoh-kecoh macam ni baru rasa thrillnya, seronok berkumpuil dan sama-sama menjayakan majlis...meriahkan

    ReplyDelete
  4. musim orang kawin sekarang, mesti sibuk dan penat.....
    best sangat dapat berkumpul sanak saudara....
    riuh dan kecoh dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. seronoknya....
    tapi penatkan
    Heheheh pandai depa bodek pak long

    ReplyDelete
  6. salam zila..
    dpt bygkan betapa penat bila ada kenduri kawin.. lagi2 tak ramai adik beradik semua benda nak diuruskan sendiri.. sy pun tak ramai adik beradik.. persiapan awal semua adik beradik yg tak ramai ni lah yg buat.. cuma masa masak2 aje ada org kg tolong rewang..

    kesian juga dengar bila melayan kerenah anak2 sedara yer.. boleh tahan jugak anak2 sedara.. dia tak fikir pula kalau terjadi kejadian tak diingini.. haiii.. paklong jugalah yg nak kena berjawab dengan mak ayah dorang.. hehe.. sabar ajelah...

    ReplyDelete
  7. hihi paklong dan maklong sure stress

    ReplyDelete
  8. Salam Hazila,
    Amie pun selalu ikir juga kalau kenduri-kendara sekarang ni baiklah tempah saja makanan tapi kena pastikan caterer yang terbaik perkhidmatannya,

    tentang anak-anak saudara yang 4 orang tu, memang Amie dapat bayangkan bagaimana rupa dan keadaan dalam rumah sebab dulu Amie sealu berhadapan dengan keadaan begini, 4orang anak buah juga yang rajin menginap di rumah kami, tapi...semasa Amie berada di Tawau kerana mesyuarat, tiba-tiba datang anak buah yang suka menginap di rumah kami ambil anak kami yang 3 orang tu berjalan-jalan, makan dan menginap di rumahnya, tinggalkan kami laki bini honeymoon... he he hehh

    ReplyDelete
  9. da dlm pantang ye zam...mklang pn x dapt pi kenduri ada sedara pklang dtg neway alhamdulillah semua selamat...kena ngasuh ke cuti sekolah ni..

    ReplyDelete
  10. patut la sepi jer
    mmg penat buat kenduri kawin ni akak tambah2 kat kg....bz sgt khen
    rest betul2 taw...TC

    ReplyDelete