Agak lama juga saya teringin nak makan nasi ulam dengan sayur keladi.
Memandangkan pagi tadi saya dan suami ke pasar tani, jadi ambil peluang mencari bahan untuk buat nasi ulam di rumah. Kebiasaannya nasi ulam di makan di dalam bulan puasa especially di sebelah utara tanahair. Ada pelbagai versi nasi ulam dan pelbagai jenis ulam yang digunakan dalam pembuatan nasi ulam ini. Mungkin di kawasan luar bandar, banyak jenis ulam senang untuk didapati tetapi bagi yang tinggal di kawasan kawasan perumahan dan perindustrian mungkin agak sukar sedikit kecuali mencari di pasar tani. Tetapi bukan semua jenis ulam ada di jual disini.
Dari beberapa resepi yang saya jumpa, ada yang menggunakan daun ulam ulaman yang saya mungkin pernah dengar tapi tak pasti bagaimana bentuk dan rupanya.Contohnya seperti daun sekentut, mungkin kedengaran agak melucukan tetapi memang wujud nama ulam ini.
Antara daun ulam ulaman yang saya gunakan.
Tak banyak yang saya beli, cuma beberapa jenis saja. Cukuplah sekadar ada 2,3 jenis ulam yang berlainanan.
Nasi ulam tidak lengkap kalau tidak disertakan dengan sayur keladi.
Habis tangan saya gatal selepas menyiang batang keladi, tapi sebabkan nak makan terpaksalah tahan.
Saya pernah makan sayur keladi yang kuahnya berwarna putih/cerah. Bezanya ia tidak menggunakan cili kering tetapi hanya cili padi hijau.
Resepi saya akan update kemudian ye...
yang penting dpt mkn kan...gatal tgn kejap je :)
ReplyDeleteSalam Hazila..akak suka sangat nasi ulam ini teringin sangat hendak buat. Last akak buat dalam bulan puasa masa arwah mak masih ada..dekat2 30 tahunla...nak buat tetapi tak tahu nak cari ulamnya...keluarkan resipi cepat akak boleh cuba pula
ReplyDeletesalam...sedapnyer nampak nasi ulam tu tapi nak buat susah jugak...susah nk cari daun2 tu la....heheh
ReplyDeleteteringat mak mas...
ReplyDeletenasi ulam ngan sayur keladi mak..
memang terbaik....
nyum2 best nie kak,nasi ulam memang popular kat utara terutama bulan puasa.memang pasangannya sayur keladi kan.sedap sgt!
ReplyDeletekak zila... sy sgt suka nasi ulam ni. Masa keluarga sy duduk di Sungkai dulu, pasar pagi ahad mesti ade org jual ulam2 untuk nasi tu. Yg bestnya, kite x yah beli asing2 mcm kat tempat2 lain (ye la kalau nak pakai berbelas2 jenis... haru kan... hehehe). Dia dah siap ikat2kan untuk buat nasi ulam. Contohnya utk 3 pot beras ke 5 pot ke. Makin byk pot, makin besar ikatan ulam2 tu... best2... Keladi asam tu... Wallahhhh... terliur :)
ReplyDeleteKak Zila periuk Ayan tu cantik lah. Kat mana u beli yer?
ReplyDeletesedapnya kak zila..saya suka nasi ulam cam gini....gulai keladi memang saya suka..:)
ReplyDeleteSalam hazila,
ReplyDeletekak Ros memang suka sangat nasik kerabu ni......ulam2 ni lah yang membukak selera kan....kena ngan sayur keladi pulak tu..eeemmmmm....sedapnya....
Salam..oh..saya memang suka sayur batang keladi..boleh bertambah-tambaha nasi di buatnya...Ulam pucuk gajus pun saya suka tapi agak sukar nak dapatnya di shah alam sini
ReplyDeleteSalam Kak,
ReplyDeleteNasi ulam ni memang popular di utara kan, waktu bulan puasa. saya pun belajar dari Faiz makan 2 tahun lepas kot. sedap, kalau ada keladi tu lagi best.
aduhaiiii macam lagu bawang puteh bawang merah pulok...
ReplyDeleteBaru berangan-angan nak buat nasi ulam.. Sedapnyeee!
ReplyDeleteaslmkum hazila.. tak pernah buat nasi ulam .. selalu beli jer.. byk dpt ulam2 tu..
ReplyDeleteAssalam zila, lauk keladi tu memnag favourite kita..memnag suka dgn lauk2 kampung ni..boleh bertamabah2 nasi kalau kena dengan ikan goreng ke ayam goreng..aduh kecur dah ni..tengok gambar2 pun alahai making mnagancam jiwa dan raga..
ReplyDelete