Salam Maulidur Rasul buat semua....
Beberapa hari tak ada entry sebab tuan rumah masih tak berapa sihat, ermmm siksa betul kalau kena batuk dan selsema ni. Hari ni dah beransur sihat dan sudah mula masak yang simple untuk makan tengahari. Mesti ramai yang ambil kesempatan hujung minggu yang panjang untuk pulang ke kampung atau bercuti lagi. Bagi pekerja memang seronok bila asyik cuti panjang seperti ini, tapi bagi majikan memang pening kepala memikirkan banyak kerja yang tergendala.....
Pagi tadi saya dan suami ke Pasar Tani Stadium Shah Alam, memandangkan hampir seminggu tak masak, maka kena la mencari barang basah. Bila tengok harga ikan, aduhai memang boleh semput dibuatnya. Ikan kembong sekilo RM11, itu belum harga sotong, ketam dan hasil laut yang lain. Sempat tengok orang sebelah membayar lebih dari seratus ringgit tapi tak banyak pulak ikan yang dibeli.
Berbalik pada menu hari ini, saya cuma masak yang simple saja. Masak yang rebus rebus je, lagipun sekarang ni ramai yang bersunggut yang minyak masak susah didapati di pasaran. Minyak masak yang mahal memang tak ada masalah, cuma sediakan duit je lah kan.
Hari ni tekak terasa nak makan puding berkuah, memandangkan tahap kerajinan masih ditahap suam suam kuku lagi, jadi kita buat yang senang senang dululah.
Bahan bahan untuk puding
600 ml air
35 gms serbuk koko
150 gms gula
200 ml susu sejat
8 gms serbuk agar agar
1 butir telur kuning
Cara cara
1. Panaskan air, masukkan serbuk koko, gula dan serbuk koko. Kacau sebati dan biarkan hingga semua bahan larut.
2. Masukkan susu sejat, ambil satu senduk adunan di dalam periuk dan campurkan dengan telur kuning. Kacau sebati dan masukkan semula ke dalam periuk.
3. Didihkan dan matikan api. Tuang kedalam acuan dan biarkan hingga keras.
Bahan untuk sos vanila
250 ml susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil tepung kastard
secubit garam
Buah buahan campuran
Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali buah buahan campuran. Biarkan hingga mendidih. Matikan api dan masukkan buah buahan campuran.
Tuangkan sos vanila semasa menghidang. Kalau biarkan sos vanilla tu sejuk lagi sedap......
Jemput makan.
arini terasa hangat betui...sesuai sgt le kalo dp semangkuk dua...
ReplyDeletesusu sejat = susu cair..ek..
ReplyDeleteberkilat..wahhh
Ummi, kat sini pun panas membahang tapi bila petang berangin macam nak hujan.
ReplyDeleteIja,
ReplyDeletesusu sejat = evaporated milk.
Alhamdulillah dah sihat ye,kat sini pun panas sgt ,sedap nampat puding tu terliur sudah
ReplyDeleteTake care cik kak
Chik mi,
ReplyDeletenak kata fully recovered tu tak juga tapi Alhamdulillah boleh tahan dari 2,3 hari lepas. Cuti tak kemana mana ke?
Zila,
ReplyDeletesedapnyer kalau dapat makan nih...sejuk2 kuar petais,ada buah2an lak..aduyaiii...slurpppp!!!
As'salam Zila
ReplyDeletecuaca kat KL arini sangat panas kan. Ingat nak gi gak ke pasar tani shah alam tu, sebab lama benar tak kesana. Tapi Hubby kata malas satu darinya jauh dan satu lagi cuaca panas2 malas nak pegi..hehehe
Alhamdulillah dah sihat ya. semoga lepas ni jaga kesihatan okey. nak mintak puding ni mesti dah habis lah kan :)
akak sukka mkn puding dgn sos susu sejat plus kastad
ReplyDeleteSalam kak Hazila,
ReplyDeleteBerkilat kilat puding coklat akak tu. Saya kalau dapat makan ni, satu adunan saya sorang pun boleh habis. hehe.. :D
mewah!!!
ReplyDeletedh sua plate ni mintak isikan sket
ReplyDeletesedapppppp my fav ni kak
mkn waktu musim panas sejuk anak tekak ngeeeee
Salam..uuiihhhh..geramnya tgk puding yang berkilat2 ni...sedap ni makan time cuaca panas macam ni...lagi2 yang baru keluar peti ais
ReplyDeleteLama lak rasanya tak memuding.....dok aayik buat mac je...he he....aedap lak tgk ouding ni....:)
ReplyDeleteaslmkum hazila.. sungguh mgoda.. rasa nk terkam jer puding coklat ni.. ada sos vanila pulak tu..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteWahhh nampak sedap. Kanak-kanak pasti sangat suka ni
terliur dibuatnya....
ReplyDelete