Thursday, April 5, 2012

Strawberry Yogurt Jelly


Salam semua,

Sudah agak lama tak buat dessert. yang mudah pun tak sempat nak buat apatah lagi kalau resepi yang memerlukan saya bertapa di dapur, memang la tak sempat.

Sejak kebelakangan ini saya memang agak sibuk, fully occupied dengan tugas seharian. Kadang kala sibuk sampai tak sedar dah melepasi waktu makan tengahari. Macam semalam, saya hanya sempat keluar lunch pada pukul 3.30 ptg. Masa tu semua lauk dah habis, jadi sempat makan wantan mee saja untuk mengalas perut. Memang la tak bagus untuk kesihatan sebab melambatkan waktu makan, tapi kadang kala tu terlajak juga.



Minggu lepas rasanya, saya beli Majalah AROMA yang menampilkan resepi dari blog kak Citarasawan dan kak CT Delima. Memang teruja bila tengok resepi resepi di dalam majalah tu tapi sebab kekangan masa, saya cuma sempat cuba resepi yang agak mudah dari kak CT iaitu Strawberry Yogurt Jelly. Saya ni kan suka resepi yang mudah, senang dan cuma ambil masa yang tidak lama untuk membuatnya.

Kita mulakan dengan yang senang dulu kemudian baru beralih kepada resepi yang ambil masa dan memerlukan tangan yang berseni untuk membuatnya. Maklumlah tangan keras.......


Sumber : Dari Dapur CT

Bahan bahan
2 cawan air
3.4 camca teh jelly powder
100 gm gula
50 gm coffee mate
1 camca teh strawberry wmulco
1 bekas yogurt strawberry = 135m *
Susu sejat secukupnya * - dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan
Buah stawberry - blend dengan susu sejat

Cara cara
1. Tuangkan air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. 
2. Masukkan coffee mate, kacau hingga larut dan masukkan juga bahan bahan lain dan masak hingga mendidih menggunakan api sederhana.
3.Tuangkan dalam bekas dan biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

18 comments:

  1. berganda-ganda sedap jelly tu bila makan dalam bekas yg cantik

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....... jgn sampai bekas bekas tu pub kena makan juga dah la ye.

    ReplyDelete
  3. sedang2 berkira2 nk memuding juga 2,3 ari lepas...tengok lak ada kat sini..lagilah teruja...

    sejuk2...nyaman...

    ReplyDelete
  4. Intai dapur chah pun banyak dessert menarik. Nak kena pi "curi" torch yg buat creme brulee kot. hehehehehe....

    ReplyDelete
  5. salam..lama x pekena dessertcam ni..sdpnya nya.. mcm nak capai je gan bekas2 tu sekali...

    ReplyDelete
  6. nmpk mcm mainan jer desert tue
    bekas pun cute bangat kak
    ai suker desert
    harus si adam pun suka sebab ada ichigo tue ngeee

    ReplyDelete
  7. looks so nice and yummy...;)

    ReplyDelete
  8. sedapnya kalau dapat semangkuk tu...terasa sejuk jer tekak ni...hihihihi

    ReplyDelete
  9. Zila,
    kalau tak de masa mmg buat ringkas2 gini cepat dan mudah..nnti bila ada masa panjang buat yang lebih berat..ada stoberi nie mesti sedap!!

    ReplyDelete
  10. sedapnya kalau dpt mkn jelly tu... dah la skrg ni kat luar tu panas giler.... terliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  11. Assalam Dik mak aiii comelnya jelly tu rasa nak mamam dengan bekas-bekas sekali dah ni...

    ReplyDelete
  12. ouchhh sgt terliur tgk jelly tu...mesti sedap...sejuk2 tu masuk ke tekak...sgt nyummmy

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Hazila...Suka tengok puding di samada dalam majalah aroma ngan view stobery nya yang duk bertenggek ala-ala nak tenggelam di atas tilam yang empuk..dan kat sini juga ngan bekas yang cantik dan kaler yang amat lembut...sedapppp ni pekena di waktu petang...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Hazila,
    kiranya hasil tangan Hazila ni dah cukup cantik! Amie lagilah tangan keras kejung kejang kalau bab2 menguli, memotong, menghias kek ke kuih ke semuanya tak menjadi. Apalagi untuk sediakan jelly melly yang lembut2 begini... habis hancur!

    ReplyDelete
  15. sukanya sy kalo dapat sebekas jeli tu...bekas cantik..isinya dh tentu2 sedap...

    ReplyDelete
  16. Salam Hazila.cantik gambar puding ni posing....

    ReplyDelete
  17. assalam kak, sedap nampak dessert puding ni...warna pun menarik.:)

    ReplyDelete