Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....
( walau dah seminggu kita berhari raya )
Punyalah beraya sampai demam. Saya dah mula demam, batuk dan hidung berair sejak hari khamis lagi, sementara my husband pulak berjangkit bila sampai Shah Alam pada hari sabtu. So sabtu dan ahad kami berdua asyik melingkar saja sebab habis seluruh badan sakit dan lemah sangat. Walau ada jemputan rumah terbuka berdekatan, tak mampu nak bertandang, segan pulak sebab batuk dan suara yang hampir hilang.
Saya pulang beraya di Pahang pada pagi Jumaat, keluar rumah seawal pukul 4.30 pagi dan singgah solat subuh di Hentian Lanchang. Punyalah ramai manusia yang berhenti, ingatkan hanya segenlintir saja yang keluar awal macam kami. Yang paling seksa bab nak tunggu giliran ke bilik air....
Petang hari raya pertama kami dah balik ke Shah Alam semula kerana keesokan harinya kami akan bergerak ke Perlis pula. Jangan ingat hari raya highway tak sesak, ada sesetengah tempat boleh tahan sesaknya terutama hentian sebelah dan R&R. Kami keluar dari Shah Alam pukul 7.30 pagi dan sampai ke Perlis lebih kurang pukul 4 ptg.
Bila dah balik Perlis, selain pergi beraya ke rumah saudara mara tak sah kalau tak pergi cuci mata ke tempat tempat yang selalu saya singgah seperti Kuala Perlis untuk makan laksa dan cucur ketam, Kuala Sungai Baru untuk cari ikan kering dan belacan dan Padang Besar, apalagi untuk cuci mata dan cuci poket sikit sikit....
Masa bulan puasa, hilang lah sekilo dua, tapi bila dah seminggu raya bertambah 5, 6 kilo lagi.....
Since takde gambar raya sebab saya malas sungguh nak bergambar, so saya letak gambar kuih Putu Perak yang saya beli masa singgah di R&R Ulu Bernam. Sudah beberapa kali teringin nak rasa Putu Perak ni, so bila ternampak ada orang jual di R&R tu, terus beli 3 pcs. Rasanya lebih kurang sama dengan putu bambu dan putu piring cuma Putu Perak tidak disertakan dengan gula merah/perang dan kelapa parut diletakkan di dalam putu itu sendiri.
xpernah lagi rasa putu perak nih..nampak sedap jer..comel betul bentuknya..
ReplyDeleteAdda,
ReplyDeleteMemang jarang jumpa org jual di pasar, tak macam putu putu yg lain yg mudah dibeli.
selamat hari raya zila
ReplyDeletex pernah jumpa lg putu perak..nampak sedap..:)
menarik sungguh putu perak ni...walau saya orang perak tak pernah rasa lagi...sedapnya....
ReplyDeleteSalam Aidilfitri...
ReplyDeletekita pun dah lama teringin nak rasa putu perak... baru dpt imagine rasanya bila zila beritahu rasa lebih kurang mcm putu bambu atau putu piring... :-)
salam lebaran zila...akk pun xpernah lg dgr nama putu perak ni, nmpk sedap..ape2 putu pun mmg peberet akk..hihihihi
ReplyDeleteteringin jugak nak rasa camana..pernah baca kat surat khabar je dulu
ReplyDeletesaya tak pernah makan yg kat rnr ni....tapi memang suka sgt...sementelah le org perak..kekekek...paling best kalau dpt putu yg bila makan rasa dia cam liat2 skit...aduiii terbaik lah!!!
ReplyDeletesedap2 pernah mkn kat ipoh suatu ketika dulu...dirumah makcik
ReplyDeletekalau raya di mana2 jam.
First time dgr putu perak. Kat mana nk cari ni?
ReplyDeleteAssalamamualaikum Zila
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Zila sesisi keluarga...maaf zahir batin dari kak Nur disini...ish nk dtg rumah...boleh2...silakan...hehehe kak Nur tunggu nie...tingin nk lihat wajah Zila yang ayu tu dari dekat...hahaha.
Cantiklah pula tengok putu perak ni Hazila... first time dengar namanya & rupa parasnya, sama tak rasa dia dengan putu piring dan putu bambu?
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
first time nampak putu perak ni pun masa dkt R&R... terus beli :)
ReplyDeleteAssalamualaikum readers.
ReplyDeleteKepada yang teringin makan Putu Perak, boleh dapatkan di bazaar Ramadhan, 2013 bandar Seri Putra berdekatan dgn KUIS, Bangi. Putu Perak terbaik daripada kami. Seperti yang pernah anda rasa di RnR Ulu Bernam Plus Highway. Hubungi 012-3141345 utk pertanyaan