Tuesday, September 25, 2012

Fish Head Curry


Salam dan Selamat petang....


Sudah agak lama tak letak entry makanan asasi my husband dalam blog ni. Cuma kali ini saya tukar sedikit cara penyediaannya dari kebiasaan. Selalunya saya masukkan ikan ke dalam kuah kari dan biarkan hingga masak, tapi kali ini saya kukus kepala ikan sebentar, masak kuah kari dan tuangkan ke atas kepala ikan.

Dulu dulu saya kena masak kari kepala ikan ni paling kurang 2 minggu sekali. Memang my husband peminat tegar kari kepala ikan, tapi sejak kebelakangan ni memang dah jarang sangat. Mungkin sebulan sekali pun susah. Mungkin bila usia dah makin meningkat, selera dah makin berkurangan dan mungkin juga sebab nak menjaga kesihatan.



Ermmmm kalau rajin pagi esok boleh buat lempeng atau cekodok dan cicah dengan lebihan kuah kari. Itupun kalau rajin la....  Tapi kalau malas, ambil saja roti benggali .

Buat masa ni, jamu mata dulu ye, nanti saya update resepi Fish Head Curry versi saya ni. Sebelum ni saya cuma letak entri bergambar, tak pernah nak ambil sukatan semasa saya memasak kari. Kata orang ikut sedap tangan sendiri saja.


Bahan bahan
Kepala Ikan Merah - Sebelah saja
1 sudu kecil rempah tumis ikan
1 sudu makan cili kering kisar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan bawang merah yg ditumbuk halus
25 gms serbuk kari ikan ( 1 packet kecil, saya suka guna jenama BABA'S)
1 tangkai daun kari
1/2 biji buah tomato
2 biji cili hijau
1 labu bawang besar ( saiz sederhana )
1/2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
1/4 cawan air asam jawa
1/2 biji buah tomato
4 biji kacang bendi
1 biji terung
2 biji cili merah
Garam
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Cuci bersih kepala ikan merah, kukus lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
2. Hiris nipis bawang putih, bawang besar, cili hijau dan tomato. Campurkan sekali dengan daun kari dan rempah tumis. ( Bahan A)
3. Masukkan rempah kari, cili kisar,bawang merah dan bancuh dengan sedikit air hingga menjadi paste. (BAHAN B)
4. Pijarkan minyak, tumis Bahan A hingga layu. Kemudian masukkan pula Bahan B. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati. Masak rempah hingga pecah minyak. Rempah kena betul betul masak supaya kari tidak berbau rempah dan mudah sakit perut.
5. Kemudian masukkan santan pekat, air dan air asam jawa. Kacau sebati, kemudian masukkan sayur kacang bendi, cili merah dan terung, masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perasakan dengan garam.
6. Bila kuah sudah mendidih, baru masukkan buah tomato. Biarkan 2 minit, barulah dimatikan api dapur.
7. Masukkan kepala ikan ke dalam mangkuk, tuang kuah kari ke atas ikan. Sedia dinikmati bersama sama nasi hangat.



7 comments:

  1. sedapnyaa..kecur pulak tgok curry malam2 nie:)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan,
    fish head curry ni feveret kita ni...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. betul tu kak, kuahnye kalau tak habismmg sedap cicah ngan lempeng..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah

    Dah lama tak buat kari kepala ikan..terliur tenguk kat sini

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa,kami pun dah lama tak buat kepala ikan ,kalau buat anak-anak tak mau makan

    ReplyDelete
  6. Wahhh love tak pernah masak kari kepala ikan...takut kepala tu...hehe. Kari akak nampak sungguh menyelerakanlah kak..cicah roti ooo lala! :)

    ReplyDelete
  7. mcm kari kepala ikan kat belakang jln gurney, penang.

    ReplyDelete