Salam dan Selamat pagi.
Cepat sungguh masa berlalu..... Sedar tak sedar sudah memasuki bulan oktober. Rasa macam baru saja kita menyambut Aidilfitri, 3 minggu lagi kita akan menyambut Aidil Adha pula. Seronok tengok orang yang berpeluang mengerjakan ibadah haji. Entah bila pula saya berpeluang untuk ke sana....
Okay, berbalik kepada entry hari ni, saya masak siput sedut untuk makan malam tadi. Agak lama juga tidak menyediakannya sendiri di rumah. Bukan apa, malas sungguh nak memotong siput sedut tu satu per satu. Kalau siput tu bersaiz besar senang sikit, kalau kena yang kecil, fuhhhhh berpeluh juga nak habiskan.
Siput sedut masak lemak antara masakan kegemaran suami saya. Dulu dulu saya tidak suka makan sebab tak pandai nak menyedutnya. Semasa mula mencuba dulu, saya gunakan tooth pick untuk mencungkil isi siput. So confirm tak boleh makan di kedai.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
Bahan bahan
1/2 kilo siput sedut - potong bahagian belakang dan rendam seketika ( saya beli siput yg siap dibersihkan dari lumpur)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit - disiat
1 labu bawang besar *
2 biji cili merah besar *
5 biji cili padi *
2 cm kunyit *
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk bersama sama santan cair.
2. Kemudian masukkan siput sedut dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugor. Biarkan ia mereneh seketika dengan api perlahan.
4. Masukkan garam dan santan pekat, masak sebentar dan kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila sudah mendidih, bolehlah matikan api.
saya ada sejarah hitam ngan siput sedut...ni..dulu sedut punya sedut sampai tersedak. Sejak tu serik nak makan.
ReplyDeleteDulu saya tak makan sebab masa belajar Biologi, cikgu cakap lintah suka jadikan siput sebagai tempat lahirkan anak anaknya. Memang takut habis la.... Lepas tu tengok keluarga saya suka makan, lepas kahwin suami pun suka. So lama lama buat buat lupa je la.
ReplyDeletecantik penutup periuk tu, belangnya sama dgn kulit siput.
ReplyDeleteKalau makan ni, susah nak berhenti, berhantu sungguh...
Memang betul tu, kalau mak mertua lalu kat belakang pun buat buat tak tahu.....
ReplyDeleteassalamualaikum... salam kenal ye tuan rumah.. :) jalan2 nampak siput sedut ni.. terus singgah.. :) mmg sedap menyedut ni.. makan sambil relaks2 sedut.. sroot srooot... heheheheheh
ReplyDeletei follow... :)
Salam,
ReplyDeletemy fav forever...
aduh cheq terguda tgk siput cot cot ni tau
ReplyDeleteInsya-Allah sampai masanya nanti adalah rezekinya ke tanah suci tu Hazila...
ReplyDeletetu siput sedut tu cukup menggamit seleraku! Mana nak cari mni hu huhuhuuuu ngences!
baru ni ada masak siput sedut ni...
ReplyDeleteanak2 paling suka menyedut, kelakar betul...saya dah pandai juga sekarang.....
siput sedut yg biasa saya masak lain sket.. =)
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletedah lama sangat saya tak meyedut2 isi siput ni..sesungguhnya!!..kalau kita sedut banyak pun asyik rasa tak puas je kan..memang puas diratah je ni..
salam kak zila,
ReplyDeletefamily zila x pernah msk siput..tp zila suka mkn..nk siang mmg x reti kak..biasanya beli yg dh siap msk jew..tp dapt sikit jew mkn pun x puas:)sedappnyyaaaa
Salam kenal sis....Sedapnye lauk tu...pandai Betol akak masak:) hope sudi singgah to my blog..tq:)
ReplyDelete