Salam dan Selamat pagi......
Alhamdulillah pagi yang cerah, tapi biasanya lepas pukul 2 petang nanti mulalah langit gelap dan hujan pun turun mencurah curah membasahi bumi. Kalau surirumah sempat juga sidai semua kain di waktu begini. Bagi yang bekerja, sidai je lah kain kat tempat yang sama sampai berhari hari. Bila nak pakai, ambil je. Itu sayalah, orang lain saya tak tahu........
Ohhhhhh saya craving for cheesecake quite sometimes. Padahal semua bahan dah ada dalam kabinet kat dapur dan juga dalam peti ais. Silap haribulan dan hampir nak expired. Masalahnya malas sungguh nak buat.
Tapi semalam teringin sangat nak makan cheese cake, mula mula rasa macam nak buat cotton soft cheesecake, tapi macam saya cakap tadi, saya ni malas sungguh. Jadi saya buat non baked cheese cake yang senang sikit. Sila jangan tiru perangai saya..... Isteri dan ibu mesti rajin tau. Kata orang, nak ikat suami, kena ikat perutnya dulu. Tapi itu bergantung pada suami jugalah kan, ada yang dah bagi makan cukup dan sedap pun masih tak boleh ikat juga. Opppppssssss....... terlebih sudah.
Semalam saya buat raspberry sauce untuk digandingkan dengan non baked cheese cake saya tu. Mahal sungguh buah ni kan. Fikir 3,4 kali jugalah nak beli satu packet. Tapi hari tu saya pejam mata sekejap masa nak beli 1 packet buah raspberry.
Raspberry Sauce
1 packet raspberry
2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil jus lemon
1/4 cawan air
Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Panaskan hingga gula cair sambil lenyekkan buah raspberry dengan garfu.
2. Masak hingga sos agak pekat. Matikan api dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan.
Non Baked Cheese Cake
( Resepi ini menghasilkan 2 jar yang bersaiz 1 pint seperti di dalam gambar )
Bahan bahan filling
250 gms cream cheese
1/2 cawan gula kastor
4 sudu makan Greek Yogurt
2 sudu makan thick cream
1 sudu teh vanilla extract
Bahan untuk base
16 pcs biskut marie - saya guna yang berperasa coffee
2 sudu makan butter
Cara cara
1. Kisar biskut marie hingga halus. Campurkan butter. Menggunakan jari gaul butter dan biskut marie. Masukkan ke dalam jar, tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti ais.
2. Campurkan semua bahan filling di dalam mangkuk. Dengan menggunakan electric hand mixer, putar bahan hingga kembang dan kental.
3. Sudukan bahan cheese filling ke dalam jar, sejukkan lebih kurang 4-5 jam.
4. Tuang raspberry sauce semasa menikmati cheese cake.
tudiaaaaaaaaaaaaa.. meleleh mak buyong tengok cheese in jar ni.. dah utarakan kat anak pompuan.. mama mcm ngidam je cheese kek.. tapi penah wat tak jadi.. :(
ReplyDeletesamalah dgn sy ni kak.. kalo malas dh dtg memang xde penawar tp syg suami jg perutnya so masak itu harus walau pun nan ado hihhi...
ReplyDeletebestnya tgk non bake cheese cake in jar tu..sgt menggoda...
mas pernah buat non bake cheese gak tp bukan dlm jar...ntah kenapa mcm x jd je...lps ni try guna resepi akk plak...
Jassnani,
ReplyDeleteAduhhhh risau kalau mak buyong terasa nak makan ni. Kalau dekat akak hulur je...
Mas Sani,
ReplyDeleteNon Baked cheese cake teksture tak sama dengan baked cheese cake. Sebab ia tak de telur dan tepung. Non baked cheese cake agai watery dan rasa macam makan cream cheese tapi manis je lah.
nmpk mcm ais kerim saja....
ReplyDeletemasam manis semua ada......
assalam Hazila
ReplyDeleteharap ptg tak ujan ye he he memang kain pun byk jemur tu, sat g tghari leh blk angkat
wah sedap la tgk ni cheese kek, sy lglah kadang2 beli bhn2 tp malas betul nk buat ha ha terpaksa bila nk expired
leleh airliur tgk ni...bila la nk buat entahlah
Walllaaa.... sedap tak ingat tp dr pun malas nk buat. Br tadi merayap beli tiramisu, kes mengidam tp malas nk buat
ReplyDeletehttp://myfoodathome.blogspot.com/2012/02/strawberry-yogurt-cheese-in-jar.html
ReplyDeletesy yg dok umah sarang burung ni.. mcm biasa sidai kain kat tempat biasa.. tp nasib2lah kdg2 baju yg berada dihujung sekali terkena juga tempias hujan kalau hujan lebat & berserta angin.. jadinya yg sebelah dlm je kering.. so angkat yg belah dalam.. yg luar tu biar dulu sampai kering.. hehe.. kdg kalau byk sgt kain yg lembab terpaksa jemur dlm rumah.. kering dek kerana kipas je.. alahai.. mcm ni nasi org dok umah tinggi & lagi pulak bekerja mmg takde sapa nak angkat kain kalau ujan..hihi..
ReplyDeletewahhh.. samalah kita kdg tu bahan2 dok ada je dlm esbox tp malas betul nak buat hinggakan bahan dah nak hampir expired barulah sibuk nak buat.. kekeek... nampak sedap kek tu... (maaf komen panjang plak)
Wahhhh...macam sodap ja ni....
ReplyDeletewahhh..sedapnya..thank u cos kongsi resepi,boleh le try lepas ni.hehehe
ReplyDeleteade dua aje ker kak...xleh kwn duk mngendeng sma ni...hukhuk...
ReplyDeletenmpk sedap n mgancam habis la..c&p resepi..tq kak
perrhhh kak zila kecurr tgk tau..dah lama x buat jgk kak:)) pic cantikk
ReplyDeletecairkan sedikit jelly yg berperisa raspberry kotak kecil dgn air panas. bila dah sejuk skit campurkan bahan cheese dan tuang dlm bekas dan sejukkan. insya allah tk cair dan texture mcm cheesecake biasa. buat dlm tray pun bole dipotong. :)
ReplyDeleteyummy kak,...dah teringin rasanya..
ReplyDelete