Salam dan Selamat Pagi
Pernah makan rumpai laut?
Bagi yang berasal dari Sabah pastinya rumpai laut ini tidak asing bagi anda. Pada yang biasa berkunjung ke negeri Di Bawah Bayu ini juga pastinya paling tidak pernah merasanya sekali.
Saya?
Inilah pertama kali saya merasanya. Sebenarnya sejak kebelakangan ini ramai orang memperkatakan mengenai Rumpai Laut atau mereka menggelarkannya sebagai IBU KOLAGEN. Kalau di FB ramai kawan kawan yang mempromosikan rumpai laut ini.
Kebetulan salah seorang rakan FB saya merangkap ex-classmate masa di kolej dulu juga berasal dari Sabah. Dia upload gambar Kerabu Rumpai Laut yang biasa disediakan untuk keluarganya. Dia mengirimkan satu bungkusan rumpai laut kepada saya untuk dicuba. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Beliau menggunakan buah mangga muda, tetapi memandangkan tiada mangga muda di pasaraya berdekatan, jadi tukar menggunakan buah epal hijau. Memang sedap dan tiada rasa hanyir dari rumpai laut.
KERABU CAMPURAN RUMPAI LAUR
Sumber : Pn. Ainon Salam
Bahan bahan
Rumpai laut - dicuci bersih, rendam hingga kembang dan potong kepada saiz yang sesuai
Timun
Bawang Besar
Bunga Kantan
Daun pegaga
Buah epal hijau/mangga muda
Cili padi
Tomato
Udang kering - direndam seketika
Limau nipis
Garam
Gula
Cara cara
1. Potong bahan bahan seperti bunga kantan, daun pegaga, buah epal, timun, bawang besar, tomato dan cili padi kepada saiz yang sesuai.
2. Masukkan semua bahan yang telah dipotong termasuk rumpai laut dan udang kering ke dalam mangkuk.
3. Perasakan dengan garam,gula dan perahan limau nipis. Gaul sekata dan biarkan seketika supaya semua rasa meresap dan mesra.
4. Sedia untuk dinikmati. Kata orang, kerabu ini sesuai di makan bersama sama ikan bakar.
wow...bertambah muda le jadinya kalo mkn ni yea....kt mn ada jual tu? nk juga hilangkan kedut2 ni...hihihi
ReplyDeletesaya pernah makan rumpai laut yang dibuat kerabu yang femes di negeri Kelantan yang mana kerabunya dipanggil 'sarre' memang amat2 sedap & jadi kegemaran saya lebih2 bila tiba bulan Ramadhan.. kerabu sarre tu memang senang dijumpai kat kg saya dulu di Pahang.. biasanya orang yang berasal dari Kelantan je yang pandai menyediakan.. kat Felda di tempat saya memang ramai mereka yg asal dari sana. tapi malangnya skrg ni dah susah nak jumpe.. mungkin makcik2 yg pandai buat tu pun dah tak mampu nak sediakan sebab dah berumur atau uzur..
ReplyDeleterumpai laut dari Sabah ni belum pernah merasa & nampak sangat2 menarik! Kalau ada teringin juga nak cuba..
salam hazila.... lom pernah cuba kerabu cam ni.... nmpk cam sedap....
ReplyDeleteZila, k.gee ada tgk rumpai laut ini di HALFEST baru2 ini... tapi k.gee tak pernah merasa lagi... sedap yer... bolehlah try nanti
ReplyDeleteada rasa kenyal2 macam janggut sotong kurita tak?
ReplyDeletenice....idea baru utk buat kerabu nie...nak try jgk la, tp kena tunggu kerajinan dtg ^_^
ReplyDeleteboleh awet muda ni....hehehe...i pun makan rumapi laut collagen ni...
ReplyDeletemeleleh ayaq lioq cheq tgk kerabu mangga tue kaka
ReplyDeletesedapnyer....mana nak carik mangga ni nangesss hentak kaki
pB tak pernah makan rumpai laut
ReplyDeleteSarae' pun pB tak pernah cuba.
Ada beberapa jenis rumpai laut di Sabah, biasanya mereka buat 'lawar' makan bersama putu (ubi kayu parut yang dikukus atau tompek / juga ubi kayu), makan bersama ikan bakar dan ada sos / kuah lada. Selalu juga makan rumpai laut ni tapi tak perasan pulak khasiatnya yang sebegitu...
ReplyDeletex pernah makan kak..camna rasanya tu kan..
ReplyDeletewalla ...sedapnye..teringat 5 tahunn yg lepas kita ngidam rumpai laut masa pregnant..sanggup kirim dgn kawan kat Langkawi..gara2 terhingin satu mcm dengan rumpai ni..kisahnya sbb masa cuti2 malaysia ke langkawi dan menyinggah rmh sahabat ni,telah menghidangkan rumpai laut fresshh..aduhai..sedap bukan kepalang..
ReplyDeletewak pon X penah makan rumpai air laut jugakkk. Uhhuu
ReplyDeletesalam zila..kebetulan stok rumpai laut ni ada lagi..blh la sy cuba resepi simple yet beautilicious ni.. :)
ReplyDeleteSalam Kak Hazila..emmm pernah juga tgk iklan2 berkenaan rumpai laut ni, tapi selalu diorang tunjukkan ia direbus dan minum airnya...Tapi best gak buat kerabu macam ni kan.....
ReplyDeletesis..nk share ur recipe on my page as im selling seaweed from semporna :)
ReplyDeleteالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ReplyDeleteSaya SUPLY PURE MARINE COLLAGEN/RUMPAI LAUT dari Sabah,,Gred AAA (PURPLE) dan GRED AA (PUTIH dan KUNING KEEMASAN)
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DISINI,
TELL: 0111-4187175 SMS/CALL/WHATSAPP
www.facebook.com/Aman Thomas
salam...bulan lepas ada pi sabah...sebelum keganasan meletus...ada makan rumpai tu...memang best...yang biji2 macam buah anggur tu pun best...
ReplyDeletejemput singgah di fb saya....
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/pages/Keropok-lekor-ganuNovelterpakairumpai-laut-ungu/569561333057175?ref=hl
saya ada menjual rumpai laut warna ungu gred aaa serendah rm 10...jemput singgah dan like page saya http://www.facebook.com/pages/Keropok-lekor-ganuNovelterpakairumpai-laut-ungu/569561333057175?ref=hl
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteJika Berminat utk Membeli Pure Marine Kolagen Gred AAA Kaler Ungu RM 10 100 Gram Sila Call/Sms/Whatsapp Sy Ditalian +601126284226
Thanks Admin