As Salam dan Selamat Pagi...
Ermmm dua tiga hari mood nak memasak kuih muih macam terlebih rajin pulak. Ada masa mood memasak lebih kepada lauk pauk untuk makan malam. Maklumlah hanya waktu makan malam saja biasanya saya sempat ke dapur. Tapi kebelakangan ni my husband suka makan mee atau yang ringan saja semasa makan malam. Sebab itu jarang upload menu lauk pauk kebelakangan ini.
Memandangkan baki Kabocha Squash yang saya gunakan untuk buat puding masih ada berbaki, jadi saya cari resepi untuk habiskannya. Kalau nak buat masak lemak, saya tak masak nasi pula. So kena cari resepi kuih muih juga. Macam biasa, selak segala macam buku masakan dan juga search kat internet mencari idea atau resepi yang senang untuk dicuba.
Campuran labu yang telah dikisar halus.
Rasanya saya jarang sangat buat kuih talam atau serimuka sebab selalunya tidak berapa menjadi. Kadang kala terlalu lembut dan agak sukar semasa hendak memotongnya. Selalu nampak kawan kawan blog yang buat kuih talam, serimuka,kuih lapis dan kejadiannya cantik sangat.
So semasa mencari cari saya jumpa satu resepi kuih talam labu dalam blog dari seberang. Nampak macam senang dan kuantitinya pun tak banyak sangat. Bukan apa, kalau tak menjadi tidaklah rasa sayang sangat kalau terpaksa "menghantarnya" ke tempat lain.
Tetapi kata orang, kalau tidak mencuba sampai bila bila pun kita tidak tahu samada menjadi atau tidak.
TALAM LABU
Sumber : Cooking Tackle
Bahan bahan
Lapisan Bawah
180 gms labu yang telah dikukus
200 ml santan pekat
50 gms tepung beras
25 gms tepung ubi kayu
70 gms gula pasir ( resepi asal guna 90 gms)
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
Lapisan atas (putih)
180 ml santan pekat
40 gms tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara cara
1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan halus. Biarkan ia sebentar.
2. Campur semua bahan untuk lapisan bawah, gaul hingga semua sebati dan tidak berketul. Biarkan sebentar.
3. Panaskan kukusan, gunakan acuan lompang, gliskan menggunakan minyak sayuran.
4.Susun acuan lompang di dalam periuk kukusan. Tuang campuran labu hingga 3/4 tinggi acuan. Balut penutup kukusan dengan tuala dapur yang bersih. Kukus lebih kurang 8-10 minit atau campuran labu mengeras.
5. Tuang penuh campuran putih dan kukus hingga masak.
6. Biarkan hingga sejuk sebelum keluarkan dari acuan.
salam kak zila,
ReplyDeletebila dh masuk dalam acuan kecik2 camne nampak cantik sgt...zila klu potong talam mmg x pernah nk tegak..lain kali masuk acu jew kan..settle:)..
Zila,
ReplyDeletelagi senang kalau buat kecil kecil macam ni. Sekali ngap je.
Cantik comel kejadiannya tu Hazila... senang nak makan....
ReplyDeletecantikkk dan sedapppp...
ReplyDeletecomel & pasti sangat sedap :)
ReplyDeletecomelnya kuih kabocha tu... nak sket!
ReplyDeletecantek kejadian talam labu ni...dalam fridge kita ada labu tu, ada rezeki macam nak buat..
ReplyDeleteSalam..emm ok gak sesekali dapat sukatan dalam kuantiti yang sedikit ni...buh dalam bekas cumel2 macam ni pun ok gak..senang nak ngap....
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletememang kesukaan sy ni nak lg kalu dpt makan time sarapan he he
kecik comel senang nk mkn
slm Kak Hazila..
ReplyDeleterajinnya..mmg senangkan buat dlm bekas acuan kecik2 gini..xpyh potong dah..rasa nk mkn..terus aje masuk ke mulut skali ngap aje..hihi