Assalammualaikum dan Selamat Petang....
Tiba tiba saya "terajin" pulak kan, sampai 2 entry dalam satu hari. Semalam merupakan hari minggu saya productive. Sempat masak pelbagai masakan dalam satu hari. Tetapi kalau dah malas, seminggu sekali sajalah blog ini di update.
Sebenarnya saya buat Agar Agar Santan Berperisa Pandan ini tengahari semalam. Kebetulan saya beli santan yang agak banyak untuk masak kari ketam. Saya fikir kalau simpan pun tentu tak tahu bila nak guna dan rasanya tentu dah kurang sedap, jadi saya fikir lebih baik saya buat agar agar santan.
Walaupun kita rasa memasak agar agar macam senang, bak kata orang "pejam mata pun boleh buat". Tetapi kadang kala kalau tersilap sukatan air atau resepi gunakan serbuk agar agar tapi kita guna agar agar yang bertali, mungkin boleh hasilkan result yang tidak sama.
AGAR AGAR SANTAN BERPERISA PANDAN
Bahan bahan
10 gms serbuk agar agar
1/2 cawan air pandan
1 cawan santan
2 cawan air
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur
Cara cara
1. Masukkan serbuk agar agar, gula, air pandan dan air ke dalam periuk. Masak hingga serbuk agar agar dan gula larut.
2. Titiskan sedikit pewarna hijau jika suka. Pukul ringan telur di dalam mangkuk yang lain dan tuangkan ke dalam bekas berisi santan.
3. Kemudian masukkan campuran telur dan santan ke dalam periuk berisi larutan agar agar. Kacau perlahan agar sekata.
4. Biarkan ia mendidih seketika, jangan sampai meruap nanti santan mungkin akan "pecah minyak". Tutup api.
5. Tapiskan ke dalam bekas yang sesuai ataupun ke dalam acuan kecil dan biarkan sehingga sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan ataupun dipotong.
bila mood rajin..macam2 jadi kan..cantiknye agar2 tu... :) cara buat pun senang.
ReplyDeleteWah! Kalau gini rupa kejadiannya... memang berketul2 ni masuk mulut ni Hazila... lagilah yang sejuk, sedap!
ReplyDeletesedapnya...kalau dpt seketul dua..alahai bestnya dpt melayan tekak yg tgh rasa panas ni :)
ReplyDeleteSalam hemmm sdp tu lama x buat pencuci mulut...bau pandan yg harum....macam terasa2 di tekak aje :-)
ReplyDeletecute agar2 akak..mmg betul kak,buat agar2 dari agar2 tali dan agar2 serbuk mmg berbeza sikit sukatan airnya kan..
ReplyDeleteperut dah bebunyi ni..huhu..
ReplyDeletemai jenguk blog kita..
http://misszucollection.blogspot.com
Org demam dah kebah lah ni ...:)
ReplyDeletesalam kak zila,
ReplyDeletebtl org kata agar2 nie pejam mata jew buat ...tp bagi sy mmg x lulus2 lagi..h ehehe mould akk tue cantik..mkn sejuk2 best nie:)