Assalammualaikum dan Selamat Pagi...
Tak ada cerita nak berceloteh hari ini. Rasa macam kurang bermaya saja...
So just go to my today's entry,
Pumpkin Cream Brulee.
Sebenarnya tak ada idea nak masak apa, so semalam hanya buat sambal tumis sotong kering, malas pula nak ambil gambar.
Lepas tu ada labu manis sikit dalam peti ais. Apa nak buat ye, nak buat apam labu atau talam labu? Tapi rasa macam tak cukup bahan saja.
Akhirnya terfikir nak buat puding labu ala ala cream brulee tapi still tak cukup bahan dan alatan. Apalagi, kita ubahsuai ikut apa yang ada di dapur.
Maklumlah, tukang masak ni kadang kala kena jadi Mc Gyver...
Bahan bahan
300 ml cream - saya gantikan dengan santan
50 gms gula pasir
150 gms labu manis yang telah dikukus terlebih dahulu
3 biji kuning telur
Secubit garam
Sedikit perasa vanila
Sedikit gula pasir/perang untuk ditabur di atas permukaan puding dan dibakar
Cara cara
1.Masukkan santan,kuning telur,labu manis, garam,perasa vanila dan gula ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tapiskan adunan ke dalam bekas ramekin dan kukus hingga masak. Anggaran 25-30 minit bergantung kepada saiz ramekin.
3. Taburkan gula pasir/gula perang ke atas puding, bakar menggunakan cream brulee torch atau masukkan ke dalam oven, pasangkan function "GRILL" dan panaskan hingga gula bertukar menjadi caramel dan sedikit keras.
Saya kurang gemar yang letak pelbagai rempah seperti kulit kayu manis dan all spices.
pumpkin?? sedapnya...
ReplyDeletesampai licin bekas tu... maknanya sedaplah kan? sy tgk pun jadi teringin.. nampak mcm sekaya labu pun ye jugak.. belum pernah buat brulee mcm yg hazila ckp mmg tak cukup alatan... org kata nak kena ada brulee torch burner tu yer utk buat creme brulee ni cantik... tp tgk hazila punya ni pun nampak dah cukup cantik walau guna kaedah grill... lenkali boleh try..
ReplyDeleteAda lagi tak? Nak sebekas...!!
ReplyDeleteSalam...tetiba plak terbayang2kan roti keping..mesti bestttt ni
ReplyDeleteterbayang kelazatan pumpkin brulee ni, sbb kita suka labu kot..
ReplyDeletekak,rempah kuzi tu klu kat shah Alam biasanya akak beli kat mana?
Rohah,
ReplyDeleteBoleh beli di Pasar Tani Saujana Utama setiap pagi Sabtu.
Hi Zila, mesti sedap ni kan...licin ramkin tu:)
ReplyDeletenampak sedap kak zila..kita pun sama kalu ada rasa2 kayu manis agk kureng sikit nk makan.
ReplyDeletesalam ziarah..sedapnya =)
ReplyDelete