Tuesday, May 14, 2013

Pulut Mangga


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Wah awalnya akak update blog hari ini. Sementara ada masa ni update dulu nanti bila dah mula sibuk apa pun tak sempat nak buat.

Kiranya bulan May ni bulan yang paling banyak makan pulut agaknya. Mula mula buat pulut kuning makan dengan gulai ayam kampung, lepas tu hari sabtu lepas suami ada jemputan kenduri di rumah kawannya, bila balik dia bawa buah tangan dari tuan rumah, pulut kuning dengan rendang ayam.

Then semalam saya masak pulut untuk dimakan bersama sama mempelam Harumanis dari Perlis. Kalau sebut Perlis, salah satu kebanggaan rakyatnya tentulah buah Mempelam Harumanis. Rasanya sekarang musim buah ni tapi agak sukar untuk mendapatkannya di luar negeri Perlis.


Kebetulan minggu lepas sepupu suami datang atas urusan ambil jubah untuk konvokesyen di UiTM, dia bawakan beberapa biji dan hari Sabtu lepas dia datang lagi bersama sama keluarganya dan antara buah tangan yang di bawa tentulah Mempelam Harumanis ni.

Pulut Mangga, antara menu dari negara Thailand yang memang terkenal terutamanya di kalangan penduduk di negeri yang bersempadan dengannya. Rasanya orang di sana suka menikmati masakan berasaskan pulut kerana anda akan dapati menu seperti Pulut Durian, Pulut Ikan Masin atau Ikan Pekasam dan Pulut Ayam.


9 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya rasa saya sendiri belum pernah makan mangga harum manis tu.. rasanya tak sampai KL kot mangga tu... tapi kalau mengidam nak makan pulut mangga, bantai je ngan mangga apa2 pun.. janji manis.. pulut pun sedap kan.. :) nyam nyam.. suka makan camni tapi ngan durian..

    ReplyDelete
  2. JaSSNaNi,

    Rasanya memang jarang sangat sampai kat luar Perlis. Diorang banyak export ke Jepun dan tempat lain. Even org Perlis pun susah nak dapatkannya.

    ReplyDelete
  3. bestnya pulut mangga ni..org cakap org Thailand mmg suka mkn pulut2 ni sbb tu kulit diaorg cantik mulus gitu...hihihi

    ReplyDelete
  4. kaka sayammmm
    rindu ketat2 ni
    lamanyer x terjah sini
    wahhhhhh mango tu sgt menggoda tekak ai nk ngap teruih ni ngeee

    ReplyDelete
  5. mangga harumanis.... ohooo tak lepas peluang bei banyak2 kalau jumpa mangga ni.. sedap, manis!!! makan dengan pulut lagilah ahaiiii

    ReplyDelete
  6. salam hazila..

    rajinnya buat pulut..apapun,unik juga eh makan pulut dengan mangga..nampak sedap..

    ReplyDelete
  7. sy belum pernah makan pulut mangga.. baik yg beli atau buat sendiri.. mcmanalah rasanya ye.. semalam baru beli 3kg mangga dari pasar mlm.. agaknya skrg musim mangga sebab nampak mangga byk sgt dijual..

    ReplyDelete
  8. pulut2 ni mmg tak boleh nak kata,tak cukup sesuap dua...mesti tambah menambah je klu sorong ke mulut..tapi kita takpernah makan ngan mangga..

    ReplyDelete