Tuesday, June 18, 2013

German Pancakes


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Actually takde idea nak bercerita, badan pun tak berapa sihat so jamu mata dengan German Pancakes yang saya sediakan sebagai sarapan pagi tadi.





Resepi saya ambil dari sini. Cuma saya gantikan dengan buah buahan yang ada dalam peti ais.




Bahan bahan: 

-2 telur
-1/2 cawan susu segar
-1/2 cawan tepung gandum, diayak
-1/2 sudu teh vanila
-1 cubit garam
-2 sudu makan unsalted butter
-2 sudu makan gula halus untuk taburan - saya tak letak
-Maple syrup 

Alatan: 
-Medium bowl
-Electric mixer with a whisk attachment
-Cupcake/muffin tins

Cara cara: 
1.  Panaskan oven kepada 180 degrees celcius.
2.  Di dalam mangkuk, pukul telur hingga ringan, kemudian masukkan susu segar. Gaul sebati. Perlahan lahan masukkan tepung, vanila dan garam.
3.  Cairkan butter dan sapukan acuan muffin. Masukkan setiap satu dengan adunan tadi, separuh bahagian sahaja.
4.  Bakar hingga pancakes puffed up dan keperangan. Alihkan dengan segera dari oven.

Notes:
Pancakes ini tidak manis, jika suka boleh masukkan 1 sudu makan gula pasir dalam adunan atau letakkan maple syrup secukupnya semasa menikmatinya bersama sama buah buahan pilihan.


10 comments:

  1. canteknye mata memandang.. mungkin sbb ketajaman shoot buah-buahan tu... nampak sedap plak tu..

    ReplyDelete
  2. fuhh terliur pulak akk tgk pancake tu...hihihi

    ReplyDelete
  3. Mataku jadi biru pagi ni bila datang sini Hazila... he he ehh.. cantik!

    ReplyDelete
  4. nampak menarik.. garing2 je sedap tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...sarapan yang lazat dan menyihatkan....dan cantik sesgt

    ReplyDelete
  6. makan dengan buah-buahan, sedapnya..

    ReplyDelete
  7. salam..

    menu yang simple tapi sedap terutama bila makan dengan buah segar..

    ReplyDelete
  8. len mcm plak lempeng org german..mcm akok plak..patut la org ckp..speaking kltn depa ckp.. ckp german..byk persamaan giteww

    ReplyDelete
  9. hidangan gambar dah menyelerakan...

    ReplyDelete