Friday, June 28, 2013

Muffin Telur Berkeju



Assalammualaikum dan Selamat Tengahari....

Sedar tak sedar sudah sampai hari Jumaat, kalau dikejar kesibukan memang tak terasa masa cepat berlalu. Kadang kala terasa lelah memikirkan kerja yang tak pernah habis.

Selagi bernafas kenalah kerja, begitu juga dengan makan. Lelah juga bila kena fikir apa nak makan hari hari ni...

Hari ini saya letak entry mengenai menu olahan dari telur. Kebiasaannya, telur selalunya kita rebus atau goreng dadar. Apakata kita pelbagaikan dengan mencampurkan sayur sayuran dan juga keju untuk memberikan sedikit kelainan dan juga cara kita "present" makanan tersebut. ( Fuhhhh rasa macam chef seleberiti la pulak....)



Muffin Telur Berkeju

Bahan bahan
4 biji telur
1 biji cili merah - didadu
1 labu bawang besar - didadu
1 pokok daun bawang - di potong saiz yang sesuai
1 biji tomato - dibuang bijinya dan didadu
1/2 cawan mixed veggies ( frozen - jagung,carot,kacang pis)
1/2 cawan keju cheddar
Garam

Acuan muffin

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di atas KECUALI keju. Gaul sekata dan pukul hingga agak kembang.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, sapukan sedikit minyak/butter pada acuan muffin.
3. Tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan keju cheddar di atas permukaan. Bakar di dalam oven hingga masak atau keperangan.
4. Adunan ini menghasilkan 7 biji muffin telur berkeju.


17 comments:

  1. sedapnya bila campur macam-macam dalamnya..
    nampak menarik juga...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    wow... sedap.. sebab ketak keju... :) anak2 sure suka.. ni kena beli telo sepapan 30 bijik baru nampak telor tak banyak hilang.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau akok rasanya manis...
    yg ni kira mcm akok versi savoury lah ni.. mesti sedap & mengenyangkan..

    ReplyDelete
  4. Assaalamualaikum...
    Menu best ni...nak try buatla nanti...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...salam kunjung sedap nampaknya...sudilah intai intai blog saya yang tak seberapa ni...http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/ terima kasih

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ni kalau buat makan mase high tea nice nih..

    ReplyDelete
  8. ni kalau buat makan mase high tea nice nih..

    ReplyDelete
  9. Wah! kalau begini kejadiannya muffin telur berkeju, alamat berketul-ketullah masuk perut ni Hazila....

    ReplyDelete
  10. Assalam
    nampk sedapp dan menarik
    telur feberet je kat umah sy ni

    ReplyDelete
  11. salam..sungguh sedap..nak try buat..

    ReplyDelete
  12. Assalam Hazila, baru boleh nk komen hari ni...uiish.. Sedapnya nampak muffin telor berkeju tuh...harus kenyang pekena sebijik ek... nampak sedap jer..makan gitu je eh Zila?

    Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat Zila dan suami, semoga diberi kesihatan yg baik dan diberi ruang memperbanyakkan ibadah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. hi, yg ni akak guna oven,kan.. klau guna micro oven, agak2 menjadi tak macam yg kat atas tu? hehe..

    ReplyDelete