Friday, February 28, 2014

Beef Stock, Mushroom Gravy & Mashed Potato




Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Wah awal akak update blog hari ni ye.... Bukan apa hari ni awal pagi kurang sibuk sikit. Manalah tau tiba tiba tengahari nanti mula sibuk sampai ke petang pula. Jadi bila ada kesempatan, cepat cepat update blog dulu, maklumlah tengah rajin ni.

Lama juga tak masak western kat rumah, tiba tiba terasa macam nak masak macam macam menu western pula weekend nanti. So kita mulakan dengan menu yang simple dulu.

Mashed Potato with Gravy


Dulu dulu selalu beli instant gravy, bila nak makan cuma perlu tambahkan air dan panaskan. Tapi tak tahan sebab terlalu masin. Jadi lebih baik kalau kita buat sendiri beef stock di rumah.Mula mula kena sediakan bahan bahan dulu. 

Bahan bahan
1/2 kg tulang lembu ( anggaran )
2 labu bawang Holland - jgn buang kulit, belah 4
1 labu bawang putih - kerat bahagian atas
2 batang lobak - potong saiz yg sesuai
1 pokok daun saderi / sup
1 sprig daun thyme
2 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
2 sudu makan garam kasar
Sedikit cengkih dan buah pelaga - tumbuk sedikit

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam dulang pembakar, grill di dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 darjah celcius.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masukkan air hingga menutupi semua bahan dan lebihkan sedikit.
3. Tekan butang beef/tendon dan biarkan hingga selesai.
4. Keluarkan dan tapis ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga sejuk.
5. Bila stock sejuk, ada lapisan lemak di atas permukaan, buang lapisan lemak tersebut. Simpan di dalam bekas yang sesuai.



Beef Stock yang terhasil, boleh digunakan di dalam pelbagai masakan.



Mushroom Gravy
( simple recipe)

1 sudu makan butter
1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan beef stock
1 sudu makan kicap pekat
2 kuntum cendawan butang
Garam jika perlu

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yang telah diracik halus. Biarkan seketika sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan beef stock dan kicap pekat. Gaul hingga sebati, kecilkan api dan renehkan hingga kuah menjadi agak pekat.

Mashed Potatao

3 biji kentang Russet - kupas dan rebus hingga empuk
1 sudu makan butter
1/4 cawan susu segar - bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara cara
1. Masukkan kentang dan butter ke dalam bekas, lenyek sambil masukkan susu sedikit demi sedikit.
2. Hidangkan bersama sama dengan Mushroom gravy.






Thursday, February 27, 2014

Sambal Hitam Pahang


Assalammualaikum dah Salam Sejahtera....

Entry kali ini saya tayang gambar Sambal Hitam Pahang tapi buatan Shah Alam. Sebenarnya stock belimbing buluh yang siap direbus sudah agak lama saya simpan dalam petiais, kebetulan masa balik kampung, tengok emak saya simpan stok yang agak banyak dalam peti ais. Apalagi, dengan muka ala ala comel saya minta la sikit. Sempat lagi emak saya pesan, " jangan jangan belimbing buluh ni ada lagi masa mak datang Shah Alam 2,3 bulan lagi".....

Memandangkan next week my parents nak datang, apa kata saya clear dulu apa yang patut....

Resepi sambal hitam Pahang ni saya ambil dari dapur MaDiHaA

Bahan bahan

1/2 cawan belimbing buluh yang telah direbus
1/2 cawan cili padi/ kurangkan jika terlalu pedas
2 cawan ikan bilis yang siap dibelah
6 ulas bawang merah
5 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi hingga lumat, ketepikan.
2. Tumbuk 3 ulas bawang merah hingga lumat dan balance 3 ulas lagi hanya dimayang.
3. Tumbuk ikan bilis dan belimbing buluh separuh hancur.
4. Panaskan minyak, tumis bawang merah yang telah dimayang hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi.
5. Goreng hingga hampir kering kemudian masukkan kicap pekat dan perasakan.
6. Goreng seketika lagi hingga betul betul kering dan bolehlah toskan minyak.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Wednesday, February 26, 2014

Strawberry Smoothies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Semalam sepupu suami singgah hantar buah strawberry, kebetulan mereka datang dari Perlis ke KL untuk seminar dan singgah di Cameron Highland. Asalnya ada 2 packet tapi sebelum sampai rumah, 1 packet dah selamat masuk perut dulu.....





My husband termasuk dalam golongan orang yang tidak begitu menggemari buah Strawberry jadi secara automatiknya buah tu saya yang punya.... Memandangkan hanya tinggal 1 packet, saya buat keputusan untuk membuat strawberry smoothies versi yang kurang sihat. Yelah.... siap letak whipped cream lagi tu.. plus the chocoloate sauce.



Nikmat sungguh bila menyedut minuman sejuk di petang hari selepas penat seharian di tempat kerja. Walaupun cuaca agak panas diluar, masih menikmati tiupan angin sepoi sepoi bahasa... rasa seperti di tepian pantai pula.






Tuesday, February 25, 2014

Green Tea Frappe



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa khabar penduduk Selangor? Bukan apa, negeri Selangor akan mengalami catuan air. Ramai yang berpusu pusu mencari tong tong besar untuk menyimpan air. Ada kawan kawan FB saya update status semua tong habis dijual dengan harga berganda. Aduhaiiii jangan buat pembelian panik sebab ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.

Kebetulan pagi tadi sempat berbual dengan staff Giant Stadium Shah Alam, katanya semalam ada customer yang berbalah semasa membeli air mineral/minuman. Bukan kah dah jadi huru hara bila masing masing panik...




Ok berbalik kepada gambar di atas, saya sediakan Green Tea Frappe @ Frappucino. Resepinya saya google je.... Pelbagai resepi dan versi yang boleh dicuba.


Bahan bahan
1 sudu kecil serbuk green tea
1/4 cawan Heavy Whipped Cream
1/4 cawan susu/air
1.5 cawan ais kiub
3 sudu besar vanilla syrub @ gantikan dengan gula sesuai rasa.

Cara.
Masukkan semua ke dalam blender, blend until smooth. Paipkan whipped cream dan taburkan dengan serbuk green tea.


Wednesday, February 19, 2014

Kerabu Tomato Ikan Bilis



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan semoga Allah swt menurunkan hujan di bumi Malaysia yang hampir kering ini.

Malam tadi saya dan suami dinner dengan Fish Head Curry, lama juga tak masak, tiba tiba dapat permintaan. Then ada lebihan buah tomato saya terfikir nak buat kerabu. Sedap juga meratah begitu saja.




Tuesday, February 18, 2014

Cheesy Brownies with Walnut




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya buat tayangan amal brownies yang enak dengan rasa keju dan crunchy walnut. Rasa macam buat advertisement la pula kan... Bukan apa dah 2 hari ada krew penggambaran yang berkampung berdekatan office saya ni. Sibuk buat penggambaran. Tapi jangan tanya cerita apa dan siapa pelakonnya, Tak Kuasa ahkak nak pergi tengok ye....

Kawasan ni memang selalu dijadikan penggambaran drama atau filem. So ramai juga ler pelakon terkenal atau yang suam suam kuku berulang alik kat sini.

Okay berbalik pada gambar kat atas ye kawan kawan..... Actually ada kawan FB yang kebetulan kawan masa sekolah MGS dolu dolu la kan, dia berhenti kerja dari Telekom dan menjadi housewife.Walaupun gaji ribu riban kata orang sekarang ni, tapi kepentingan anak anak perlu diutamakan dulu. So dia buat bisness kecil kecilan sambil mengisi masa yang terluang, membuat premix dan dijual kepada kawan kawan.

Sesekali dia ada la main teka teka kat FB, just for fun dan sebagai cara untuk mempromosikan premix beliau. Ada suatu pagi yg indah tu ahkak suka suka teka dan yayyyyyy ahkak betul. So dia bagi la premix utk buat brownies. Sebenarnya dah hampir sebulan tapi terpaksa ditangguhkan sebab rumah tengah diubahsuai.

Seperti biasa, ahkak memandai tambah cream cheese dalam adunan brownies tu.

 

Monday, February 17, 2014

Masak Lemak Ikan dan Telur Ikan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini saya nak buat tayangan menu makan tengahari saya semalam. Hari tu saya ke pasar, nampak telur ikan dan terasa macam nak makan pula. Agak lama juga tak masak, tapi masa tu belum pasti nak masak apa. Yang penting, beli dulu kemudian baru fikirkan menu apa yang sesuai.

Fikir punya fikir, akhirnya saya buat masak lemak sekali dengan ikan merah yang saya beli cuma sepotong. Memandangkan tiada sayur yang ada utk dicampur sekali, saya cuma masukkan buah tomato dan cili hijau. Ala masak ala ala dalam kecemasan gitu kan... Ikut apa yang ada saja di dapur.



Tapi telur ikan sedap juga kalau sekadar digoreng begitu saja. 


Thursday, February 13, 2014

Loh See Fun @ Laksa Pendek Goreng



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam process memanaskan apa yang perlu, so hari saya letak gambar menu makan malam saya beberapa hari yang lepas.


Loh See Fun Goreng.

Loh See Fun ialah sejenis mee beras yang menyerupai laksa tetapi saiznya sedikit pendek. Ada kalangan kawan kawan saya yang menggelarnya "mee ekor tikus" kerana ia agak menyerupai ekor tikus. Boleh didapati di pasaraya seperti TESCO dan Giant di bahagian barangan seperti laksa, mee, tofu dan sebagainya.

Loh See Fun ini boleh digoreng kering atau sedikit berkuah bergantung kepada selera masing masing. Kali ini saya menggorengnya seperti menggoreng mee goreng basah.

Saya pernah beberapa kali berkongsi resepi mee goreng basah sebelum ini. 


Monday, February 10, 2014

Yellow Rose


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Apa khabar semua? 
Memandangkan sekarang ni boleh dikatakan cuaca yang agak membahang, jadi jangan lupa minum banyak air kosong. Ramai juga kawan kawan saya yang agak kurang sihat sekarang ini.

Maaf je dapur saya masih belum berasap lagi sehari dua ni. Aduhaiiii nak dapatkan mood untuk memasak dan mengambil gambar memang agak lambat sikit. Masih dalam proses mengemas sikit sikit, maklumlah kemas 2 minit, berehatnya 30 minit. Bila nak siapkan.

Sekarang ni my husband tengah "in mood" mengemas laman. Membuang pokok pokok bunga yang hampir mati dan menggantikannya dengan yang baru. So 2 hari bercuti ni kenalah jadi tukang kebun. Saya banyak jadi tukang pemerhati dan tukang buat air...

Sebabnya.....

Saya bukannya pandai sangat nak menghias, takde kreativiti. Dan yang paling utama...

Saya bukannya rajin sangat.




Friday, February 7, 2014

Photos of the day....



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Buat sementara waktu, sebelum mood untuk ke dapur back to normal apa kata kita layan gambar gambar saya ambil ye...

Malam tadi semasa berdua duaan dengan suami diluar rumah sambil menikmati tiupan angin.... ( sesekali ahkak pun nak mendayu dayu la juga kan...) maklumlah kebelakangan ni cuaca agak membahang. Terdengar dentuman mercun dan bunga api di tepi rumah, kebetulan rumah saya bersebelahan dengan padang. Tidak kelihatan pula siapa yang bermain tetapi cepat cepat masuk ke dalam rumah untuk mencari kamera.


Nasib baik mereka bermain waktu malam masih muda.... kalau tidak pening juga kepala sebab susah nak tidur kalau bunyi berdentum dentam bila waktu hampir tengah malam. 


Selamat Berhujung minggu....


Tuesday, February 4, 2014

Photos of the day.....





Pulau Beras Basah Langkawi


Salam dan Selamat Sejahtera....

Maaf sebab agak lama blog My Small Kitchen tidak ber"updated". Memandangkan rumah saya masih under renovation, jadi automatically my kitchen direhatkan buat sementara waktu. InsyaAllah akan mula beroperasi dalam sedikit masa lagi. Itupun bergantung pada mood tuan dapur. Maklumlah bila dah lama bercuti, mulalah liat sikit.

So sementara waktu silalah menjamu mata dengan gambar pemandangan yang saya ambil semasa berkunjung ke Langkawi akhir bulan January lepas.



Matahari terbenam di Pantai Cenang, Langkawi.















Saya antara manusia yang takut pada ketinggian. Berkali kali saya fikir sebelum nekad untuk mencuba menaiki kereta kabel ini. Dan sepanjang berada di dalamnya, boleh kira berapa perkataan yang keluar dari mulut saya.....


 Memberi makan Helang

Tasik Dayang Bunting

Saya hanya sempat rendamkan kaki saya di dalam air tasik ini untuk beberapa minit sahaja. Ini kerana tiba tiba otak jahat saya terfikir.....

Bagaimana kalau tiba tiba ada ikan piranha yang menggigit kaki saya?

Atau

Bagaimana kalau tiba tiba Anaconda datang menyerang dari bawah dasar tasik?


Hello Cik Puan!!!!

Itulah banyak sangat tengok movie......