Assalammualaikum dan Selamat Pagi...
Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun membasahi bumi. Nampak hujan turun bagai nampak makanan yang tersangat lazat rasanya....
Baru sikit Allah swt turunkan dugaan dengan musim kemarau yang hanya beberapa hari, kita sudah mengeluh. Bayangkan mereka yang di negara yang bertahun tahun tanpa hujan....
Tapi kita masih tidak tahu bersyukur...
(peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)
Bercakap pasal bersyukur, kadang kala kita tak tahu nak makan apa bukan kerana tiada makanan. Walau ada pelbagai jenis menu tetapi tekak semacam tak boleh nak terima, tiada selera. Bila makin berusia, satu satu nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit...
Saya selalu tanya suami apa nak makan untuk makan malam nanti. Minta dia fikirkan apa menu yang dia rasa nak makan. By the end of the day mesti jawabannya ialah " entahlah tak tahu nak makan apa. Masak sajalah yang simple" Kadang kala saya masak nasi goreng yang simple atau goreng bihun atau mee. Paling senang kalau dia hanya minta masakkan mee segera.
Memandangkan hanya aperlu masak mee segera, saya masak simple pasta untuk saya. Google cari resepi bergantung apa yang ada dalam peti ais. Saya ada lebihan swiss brown mushroom, ada beef bacon dan sedikit daun pasley. Pasta memang selalu simpan stok untuk kecemasan.
Bahan bahan
Segenggam Angel Hair Pasta jenama Barilla - rebus hingga empuk dan toskan
3 kuntum swiss brown mushroom - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 keping beff bacon - dihiris nipis
Sedikit Flaxseed Oil
1/4 cawan beef stock
Garam jika perlu
Parmesan Cheese & Daun Pasley - untuk tabur
Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan beef bacon dan mushroom, goreng hingga hampir garing.
3. Masukkan beef stock, biarkan seketika. Kemudian masukkan angle hair pasta, gaulkan hingga sebati. Perasakan jika perlu. Matikan api.
4. Hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan daun pasley dan parmesan cheese.
bestnya dah hujan. Sedap betul tgk isi pinggan tu...Sama jugak selalunya sy mintak hb cadangkan kita tinggal masak aje. sesekali kalau buntu nak mee segera....kalau sy rajin sikit sy elak dan buat menu lain.
ReplyDeletefazian
ReplyDeleteyelah tak bagus sangat makan mee segera selalu tapi kadang kala memang tak ada idea nak makan apa.
Alhamdulillah ...
ReplyDeleteKat JB ni semalam, hujan turun sekali lalu jer... saya kira tak sampai 30 saat ..
Saya pun selalu mengeluh .. kadangkala suka bila panas especially bila sedang exercise, tapi bila malam mengeluh pulak bila susah nak lelapkan mata
Saya pun bila dah makin berusia ni agak memilih juga pasal makanan ... housemate selalu tanya kenapa saya makan sikit benda yg saya masak... saya pun tak tau nak jawab apa.. haha
Wah! menggoda la angle hair Zila tu...nyum2x
ReplyDeleteAssalamualaikum hazila nmpk sedap...
ReplyDelete