Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah beberapa hari Bandar Shah Alam hampir tidak kelihatan akibat dilanda jerebu yang agak teruk. Jangankan nak duduk di luar, even di dalam pejabat atau rumah sekalipun masih terasa sesak akibat jerebu. Bau asap ada di mana mana, panas dan melekit rasanya... Rasa macam nak mandi sejam sekali tapi kena fikirkan bab air pula...
Semalam tiba tiba saya "ter" rajin sikit. Rasa macam lama tak buat Butter Prawns kat rumah. Kebelakangan ni kalau nak makan, pergi ke restoren saja.
So semalam sebelum balik kerja, saya google cari resepi yang senang baru pergi cari barang untuk dimasak. Bila dah petang, udang yang ada kurang segar tapi bolehlah untuk mencuba resepi yang ini.
Kali ini saya cuba menggunakan resepi dan cara dari blog Spice Journey. Izinkan saya kongsikan di sini. Anda boleh lihat disini cara dan langkah demi langkah bagaimana cara untuk membuat egg floss. Ini kerana bahagian yang agak tricky ialah cara untuk menghasilkan egg floss yang cantik walaupun sukar utk dapatkan seperti di restoren.
Egg Floss
4 biji kuning telur - resepi asal cuma gunakan 2 biji sahaja
1 senduk butter
1 senduk minyak masak
Caranya
1. Pukul ringan kuning telur supaya sebati.
2. Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. Biarkan hingga panas, gunakan senduk bulat pusingkan minyak di dalam kuali dengan arah sehala tanpa henti.
3. Tuangkan kuning telur ke dalam minyak tadi, angkat bekas berisi kuning telur agak tinggi dari kuali supaya ia menghasilkan jalur yang kecil dan halus.
4.Teruskan memusing senduk di dalam minyak tadi sehingga kuning telur masak dan berwarna kuning keemasan.
5. Tapikan kuning telur tadi untuk toskan minyak. Langkah tambahan yang saya buat ialah selepas ditapis, saya tuangkan ke atas kertas tisu dapur supaya ia menyerap minyak yang masih ada, so egg floss betul betul kering dan ranggup.
Cara menyediakan udang
Bahan bahan
10 ekor udang bersaiz sederhana - belah bahagian belakang, buang kotoran dan bersihkan.
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada putih
Minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Gaulkan udang bersama sama dengan garam dan lada sulah. Goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Bahan bahan
1 sudu makan butter
6-8 biji cili padi - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dimayang/dicincang
5 tangkai daun kari
Sedikit garam jika perlu
1 sudu kecil gula perang - saya tambah
1/4 cawan susu cair
Cara cara
1. Panaskan butter, tumis bawang putih, cili padi daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan susu cair.Biarkan seketika.
3. Masukkan udang dan gaul sebati. Perasakan jika perlu. Saya masukkan sedikit garam dan gula perang.
4. Angkat udang dan masukkan ke dalam serving plate. Taburkan dengan dengan egg floss. Sedap dinikmati semasa hangat.
Salam zila. Lama kak bw.. cantik2la gmbr2 posting zila.. mcm majalah kelasss u..
ReplyDeleteNmpk mcm sng tp nak buat floss tuh agk susah kot..will try nnt..sy dah follow blog nih..sudi2 lah follow sy kembali..;)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteMemang nak buat floss tu agak tricky... tp bila menjadi, rasa tu yg paling best... berbaloi.. Your recipe calls for gula perang... nak kena try ni... sy biasanya masukkan gula biasa je.
Lagi satu sgt setuju dengan komen ilahjy...hampir semua gambar dan plating dlm entry Zila saya suka. Kemas, cantik dan presentable...colour dia sharp...
Lupa nk ckp... meja kayu tu paling classic...sangat suka!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum hazila..mmg peberet saya butter prawn ni..tapi nak buat floss tu Uj tak berapa pandai...
ReplyDeleteSalam hazila..apa kabar?Lama tak singgah kat sini.Cantiknyaaaaaa..flos tu,bertmabah selera nk mkn!
ReplyDeleteSalam Hazila, berminat untuk kami siarkan resipi2 ni dalam ruangan Langkah demi langkah masakan Harian Metro? minta emel ya ke asmaini@hmetro.com.my. kita boleh adakan temubual. Tq
ReplyDeleteas salam kak..
ReplyDeletelama sy tak bertandang ke sini...
cantek butter prawn, diapunya rasa mesti umphhh..