Assalammualaikum dan Selamat Pagi....
Hari yang menyedihkan buat Negara Malaysia. Penantian selama 17 hari berakhir dengan berita sedih. Hanya DIA yang maha mengetahui segala rahsia kejadian dan siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Walaupun masih banyak persoalan yang belum terjawab, sekurang kurangnya memberi pengakhiran kepada penantian oleh keluarga yang terlibat. Semoga suatu hari nanti Allah swt memakbulkan doa rakyat Malaysia untuk merungkai segala misteri...
Al Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa MH370. Berat mata yang memandang, tentulah berat lagi bahu yang memikulnya. Moga ada hikmah besar yang menanti atas apa yang terjadi...
Mimpi apa agaknya saya tiba tiba teringin nak buat Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban yang sinonim dengan negeri di Pantai Timur. Sebenarnya minggu lepas saya beli telur itik 10 biji sebab teringin nak makan masak lemak telur itik. Lepas tu baki telur tu tak tahu nak buat apa so google cari resepi yang sesuai. So terjumpalah resepi Pulut Sekaya ni. Sebab saya pernah terbaca yang selalunya mereka menggunakan telur itik untuk menyediakan juadah ini.
Saya jumpa satu resepi dari blog rezwati.blogspot.com, so decided to give it a try. Saya hanya buat separuh dari adunan.
Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Bahan bahan
Bahagian bawah
2 cawan pulut susu - rendam lebih kurang 8 jam.
Santan cair
Sedikit Garam - anggaran 1/2 sudu kecil
Cara cara
1. Bersihkan pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang. Masukkan garam ke dalam santan cair dan tuangkan ke dalam loyang yg menggandungi pulut tadi sehingga paras pulut sahaja.
2. Kukus hingga masak dan ketepikan.
Bahagian atas
5 biji telur itik
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung yang di masak pekat
1/2 sudu vanila - untuk hilangkan bau hanyir telur itik
Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Kemudian tapiskan.
2. Lapiskan loyang dengan plastik. Saya gunakan loyang bersaiz 9 inci. Kemudian masukkan pulut dan dengan hingga mampat.
3. Panaskan kukusan, kukus sebentar pulut tadi, kemudian ambil garfu dan cucuk cucukkan pulut.
4. Tuang adunan telur ke atas pulut dan kukus lebih kurang 20 minit atas sehingga masak. Caranya ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah, bila ditarik keluar, lidi bersih.
5. Keluarkan dari kukusan, biarkan ia sejuk sebelum di potong.
Sedapnya..tapi mana nak beli telur itik ek..
ReplyDeleteNorma NML,
ReplyDeleteBiasanya di pasaraya besar ada jual telur itik. Selain dari pasar tani.
Woweee.... yummy!!! sedapnyaaa....
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeleteTaufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)
duluuuu pernah buat & menjadi. Tapi bila terpaksa habiskan 1 talam sorang2 sbb yg lainnya tak minat, maka saya terpaksa berazam utk tidak buat kuih ni lagi... huhuhu
ReplyDeletepeberet hubby ngn anak2 Liza ni...
ReplyDeleteakk..lma kuta x dtg sini..akk sihat? keep resepi dulu nnt2 leh try.
ReplyDeleteen.papa akak suka sangatlah kieh2 manis gini..setalam boleh habis dia makan sorang..
ReplyDeleteSalam Kak Zila..Lama juga saya tak makan to' aji serban ni..
ReplyDeleteSama-sama kita doakan kesejahteraan keluarga mangsa semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan getir ini...