Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Memandangkan beberapa hari ini tiada menu masakan atau kuih muih yang boleh saya upload, so mari kita menjamu mata dengan gambar Avocado Juice atau Jus Alpukat..
Walaupun Avocado boleh dikatakan tiada rasa jika di makan begitu saja tetapi amat enak jika dibuat jus bersama sama susu dan sedikit sos coklat. Rasanya yang lemak bila bergabung dengan sos coklat, memang tak terkata sedapnya.....
Dah rasa macam host Jalan Jalan Cari Makan la pulak kan...
Walau bagaimanapun buah Avocado memang agak mahal pada kebiasaannya, adakala boleh mencecah RM6 untuk sebiji. Tetapi ada pasaraya yang selalu buat harga promosi RM1.99 untuk sebiji, so masa ni memang angkut macam lupa diri pulak. Kebetulan belakang office saya ada Cafe, so ada 2 kali juga rasanya saya order Avocado juice yang mencecah RM8 segelas.....
Kebelakangan ni agak malas nak fikirkan props untuk ambil gambar, ikut mana yang sempat saja. Selalunya ada masa waktu malam sahaja, bila dah siap masak, penat belum hilang, jadi malas nak fikir konsep apa yang sesuai dengan menu. Itu yang kadang kala props yang digunakan entah apa apa.
Kebetulan sekarang musim pokok di tepi rumah saya berbunga, bunga yang ada dalam gambar di atas. Baunya memang harum sangat, walaupun bila tingkap ditutup. Apatah lagi waktu angin bertiup spoi sepoi bahasa, memang harum semerbak.
Waktu saya mula mula berpindah ke rumah ini, masa itu belum tahu lagi bunga ini yang mengeluarkan bau harum. Kebetulan rumah saya bersebelahan dengan padang dan ada bukit bukau yang mengelilingi... so bila terjaga di tengah malam, angin yang bertiup agak kuat dan mengeluarkan bunyi yang agak mnyeramkan. Seakan akan bunyi perempuan menghilai. Bayangkan kalau terjaga di tengah malam, terdengar bunyi angin yang meyeramkan dan bau yang sangat harum.....
Memang meremang bulu roma.......
Tapi lama kelamaan dah jadi lali. Tambahan kalau badan penat seharian bekerja, memang tidur mati. Tetapi kalau ada tetamu yang sesekali bermalam di rumah, confirm esok pagi mereka akan tanya... " bunyi apa malam tadi? Macam org menghilai je..."
nak try la, nammpak sungguh menawan kalbu
ReplyDeletesalam. boleh tak sy dapatkan email puan? thanks.
ReplyDeleteIdaShazana,
ReplyDeleteCubalah, senang saja dan rasanya pun sedap.
faris elazhar,
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Email saya hazila8@gmail.com
sedapnya...
ReplyDeletepenah try sekali jek.
kat bazar Ramadan ada jugak jual...berbaloi jugak beli sbb sedap
fazianbatrisyia,
ReplyDeleteLagi berbaloi kalau buat sendiri sebab boleh ulang 2, 3 kali....
Ai baru nak bljq makan avocado ni
ReplyDeleteBut Kena jenih lenyek nipis gituew ngeee
Ayu,
ReplyDeleteMula mula memang pelik je rasanya. Tapi sekarang dah jadi fav pulak.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteerrmm menariknya jus avocado tu. bunga tu kalau x silap saya bunga kerak nasi kan... mmg wangi.. kalau rendam dalam air lepas tu spray kat badan.. wanginya tahan